BERITA TERKINI   Anak syarikat Pansar Bhd, Perbena Emas Sdn Bhd memperoleh kontrak RM234.88 juta daripada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak untuk naik taraf Loji Rawatan Air Kaki Wong di Saratok | Semua pengimportan kenderaan elektrik CBU yang dipasang siap di luar negara adalah tertakluk kepada dua syarat utama bermula 1 Julai 2026 - MITI | MITI benarkan baki stok sedia ada dijual mengikut ketetapan dalam tempoh pengecualian khas sehingga habis | Dasar berkaitan kenderaan elektrik CBU dikembalikan kepada ketetapan sedia ada susulan penamatan tempoh pengecualian khas pada 31 Dis 2025 - MITI | Seorang lelaki berusia 70 tahun menjadi jemaah kedua meninggal dunia di Makkah akibat serangan jantung- Tabung Haji | 

Public Mutual Umum Agihan Pendapatan Melebihi RM99 Juta Untuk Empat Dana

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual, mengumumkan agihan pendapatan berjumlah lebih RM99 juta bagi empat dana untuk tahun kewangan berakhir 30 April, 2026.

Menurut kenyataan pengurus unit amanah tersebut hari ini, agihan itu melibatkan pembayaran sebanyak satu sen seunit bagi Public Islamic Asia Dividend Fund, manakala 0.75 sen seunit masing-masing untuk Public Ehsan Mixed Asset Conservative Fund dan Public Select Mixed Asset Conservative Fund.

Sementara itu, bagi Public Islamic Dividend Fund yang ditetapkan adalah sebanyak 0.50 sen seunit.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta terbesar di Malaysia, menguruskan lebih 180 dana.

Selain itu, syarikat ini juga merupakan penyedia skim persaraan swasta (PRS) berdaftar yang mengendalikan sembilan dana PRS.

-- BERNAMA