Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Susulan Ringgit, Minyak Mentah Lebih Tinggi
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Pasaran getah ditutup bercampur-campur pada Isnin susulan kenaikan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan harga minyak mentah yang lebih tinggi, kata peniaga.
Pada 8 pagi, ringgit meningkat berbanding dolar AS kepada 3.9590/9725 daripada 3.9690/9740 ketika ditutup pada Khamis lepas.
Semasa laporan ini dibuat, harga minyak mentah Brent meningkat 1.04 peratus kepada US$109.41 setong.
“Ringgit yang lebih kukuh memberi tekanan kepada harga getah, manakala harga minyak mentah yang lebih tinggi menyokong pasaran, sekali gus menghasilkan trend yang bercampur-campur.
“Bagaimanapun, kenaikan adalah terhad disebabkan ketidaktentuan berkaitan konflik Asia Barat dan dasar perdagangan AS,” katanya kepada Bernama.
Pada 3 petang, harga Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 meningkat tujuh sen kepada 866 sen sekilogram, manakala lateks pukal susut satu sen kepada 750 sen sekilogram.
-- BERNAMA