BERITA TERKINI   Majlis Perundingan UMNO-PH setuju kekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan | 

Pasaran Getah Ditutup Tinggi, Menjejaki Niaga Hadapan Serantau

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Pasaran getah ditutup tinggi hari ini, menjejaki keuntungan dalam niaga hadapan getah serantau di tengah-tengah ketiadaan pembeli China dan Jepun, kata seorang peniaga.

Beliau berkata ringgit yang lemah berbanding dolar US turut menyokong sentimen itu.

Pada 8 pagi, ringgit diniagakan pada 3.9540/9590 berbanding dolar US daripada 3.9540/9575 yang disaksikan semasa ditutup semalam.

“Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya telah dihadkan oleh kelemahan dalam harga minyak, data ekonomi Amerika Syarikat yang bercampur-campur dan prospek ekonomi global yang lebih berhati-hati susulan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat sehingga terus membebani sentimen,” kata peniaga itu kepada Bernama.

Pada 3 petang, harga SMR 20 menokok enam sen kepada 872 sen sekilogram manakala lateks pukal melonjak sebanyak lima sen kepada 755 sen sekilogram.

-- BERNAMA