BERITA TERKINI   Isu hina sahabat Nabi: Waspada keluarkan kenyataan fatwa, pastikan kesahihan - Zulkifli | Pusat Mediasi MADANI akan dilancarkan di Kuala Lumpur pada 18 Mei - Fahmi | PM Anwar arah kementerian terlibat lakukan libat urus untuk pastikan bantuan kewangan sampai kepada penjaja - Fahmi | Malaysia kesal keputusan Kerajaan Norway tidak lulus permit eksport perolehan siri peluru berpandu pada saat akhir - Fahmi | Piala Dunia FIFA 2026: Kesemua 104 perlawanan akan disiarkan di platform RTM dan Unifi TV - Fahmi | 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah hari ini.

Pada 9.25 pagi, kontrak Mei 2026 dan Jun 2026 masing-masing susut empat mata kepada 1,751.50 dan 1,750.5, September 2026 turun tiga mata kepada 1,733.0 manakala Disember 2026 berkurangan 2.5 mata kepada 1,734.5.

Jumlah dagangan sebanyak 1,319 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 34,293 kontrak.

FBM KLCI susut 0.71 mata kepada 1,749.85 daripada 1,750.56 semasa ditutup pada Selasa selepas 43 minit dagangan.

-- BERNAMA