Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Pelabur Kaji Semula Risiko Asia Barat

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah selepas kenaikan baru-baru, apabila pelabur menilai semula risiko geopolitik dan kebimbangan inflasi berkaitan dengan ketegangan yang kembali memuncak di Asia Barat.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mei 2026 menyusut kepada US$4,537.50 setiap auns troy daripada US$4,572.80 setiap auns troy pada Isnin, manakala kontrak Jun 2026 menurun kepada US$4,554.50 setiap auns troy daripada US$4,589.80 setiap auns troy.

Kontrak Julai 2026, Ogos 2026 dan Oktober 2026 semuanya ditutup rendah kepada US$4,568.20 setiap auns troy daripada US$4,604.00 setiap auns troy sebelum ini.

Jumlah dagangan meningkat kepada 13 lot daripada tujuh lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 74 kontrak daripada 69 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$4,506.15 setiap auns troy berdasarkan penetapan oleh London Bullion Market Association (LBMA) pada 22 Mei, 2026. LBMA ditutup pada 25 Mei, 2026 sempena cuti musim bunga United Kingdom.

-- BERNAMA