BERITA TERKINI   Presiden dan CEO Kumpulan Malaysia Aviation Group Kapten Nasaruddin A. Bakar dilantik sebagai ahli lembaga gabenor IATA  | Pemimpin agama perlu tangani keperluan golongan muda berdepan ancaman maklumat palsu didorong oleh AI - Sultan Perak | Keamanan dinikmati Malaysia kini membuktikan toleransi, keharmonian antara agama boleh dicapai - PM Anwar | Islam adalah agama Persekutuan, perlu pastikan setiap warganegara berasa selamat, dilindungi dan dihormati sama rata - PM Anwar | Pemimpin agama kekal relevan sebagai suara hati nurani, kewarasan dan toleransi dalam dunia pascanormal - PM Anwar | 

Saham Astro Naik Setengah Sen Selepas Pengunduran CEO Kumpulan

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Saham Astro Malaysia Holdings Bhd meningkat setengah sen kepada 6.5 sen seunit selepas dagangan sekuritinya disambung semula pada 10 pagi hari ini.

Terdahulu, Astro memaklumkan kepada Bursa Malaysia bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Euan Smith berundur daripada jawatan itu selepas menerajui syarikat selama enam tahun, berkuat kuasa 7 Jun, 2026.

Pada 10.27 pagi, sebanyak 2.16 juta saham syarikat itu diniagakan.

Syarikat kandungan dan hiburan itu turut mengumumkan pelantikan Henry Tan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan interim berkuat kuasa 16 Jun, 2026 sementara mencari calon tetap yang sesuai untuk menerajui syarikat.

Tan sebelum ini pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro dari Februari 2019 hingga Januari 2023.

 

Smith, yang memiliki 2.96 juta saham atau 0.057 peratus daripada jumlah saham terbitan Astro, akan terus memberikan khidmat nasihat teknikal kepada lembaga pengarah sehingga 6 Dis, 2026.

Selain itu, beliau mempunyai kepentingan dalam lebih 48.35 juta saham biasa yang belum diterbitkan menerusi anugerah saham prestasi di bawah pelan insentif jangka panjang syarikat.

Saham Astro ditutup pada enam sen Jumaat lepas dengan permodalan pasaran sebanyak RM313.55 juta.

-- BERNAMA