Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali ke zon positif pada tengah hari, disokong oleh aktiviti belian dalam kaunter-kaunter berwajaran tinggi terpilih.
Kaunter berkenaan iaitu IHH Healthcare meningkat lapan sen kepada RM8.68, Press Metal Aluminium Holdings Berhad menambah enam sen kepada RM8.96, manakala 99 Speed Mart Retail Holdings naik empat sen kepada RM3.39.
Ketiga-tiga kaunter ini menyumbang sebanyak 2.72 mata kepada indeks penanda aras.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.02 mata kepada 1,679.54 daripada paras 1,679.52 ketika ditutup pada Isnin.
Indeks penanda aras itu yang dibuka 8.41 mata lebih tinggi pada 1,687.93, kebanyakannya berada dalam zon negatif sepanjang sesi pagi, berlegar antara 1,675.04 hingga 1,687.93.
Bagaimanapun, sentimen pasaran kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 505 berbanding 400, manakala 537 kaunter tidak berubah, 1,233 tidak diniagakan dan 13 digantung.
Di peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura meningkat 0.97 peratus kepada 5,011.78, Indeks Hang Seng Hong Kong susut 0.15 peratus kepada 24,620.43, Indeks Kospi Korea Selatan naik 7.10 peratus kepada 8,015.96, manakala Nikkei Jepun menambah 2.15 peratus kepada 65,400.37.
Dalam kalangan kaunter berwajaran tinggi di Bursa Malaysia, Maybank susut dua sen kepada RM10.68, Public Bank menokok satu sen kepada RM4.79, Tenaga Nasional turun dua sen kepada RM14.20, CIMB kekal pada RM7.39, manakala Hong Leong Bank susut enam sen kepada RM20.90.
Dalam kalangan kaunter aktif, Hong Seng Consolidated naik setengah sen kepada 1.5 sen, TFP Solutions meningkat 2.5 sen kepada lapan sen, Zetrix AI susut satu sen kepada 81 sen, Top Glove naik setengah sen kepada 85.0 sen, manakala Tanco merosot 17 sen kepada 95 sen.
Bagi kaunter untung tertinggi, Nestle melonjak 88 sen kepada RM92.88, Ajinomoto meningkat 82 sen kepada RM15.24, Concrete Engineering naik 51 sen kepada RM4.50, dan Fraser and Neave menambah 34 sen kepada RM26.48.
Antara kaunter rugi utama, IOI Properties susut 14 sen kepada RM4.02, Unisem turun 13 sen kepada RM4.77, Sunway merosot 12 sen kepada RM5.13, manakala waran Citaglobal turun 11 sen kepada 32 sen.
Dalam papan indeks, Indeks FBM Emas susut 4.32 mata kepada 12,465.76, Indeks FBM Top 100 turun 6.75 mata kepada 12,308.74, dan Indeks FBM Emas Shariah menguncup 9.71 mata kepada 12,433.33.
Sementara itu, Indeks FBM Mid 70 merosot 39.35 mata kepada 17,971.04, manakala Indeks FBM ACE meningkat 28.07 mata kepada 4,676.45.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 0.73 mata kepada 19,559.76, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.33 mata kepada 196.68, Indeks Tenaga merosot 6.52 mata kepada 784.42, manakala Indeks Perladangan menambah 4.08 mata kepada 8,729.48.
-- BERNAMA