BERITA TERKINI   MCMC, PDRM dan SPR perkukuh kerjasama pantau serta tangani sentimen 3R menjelang PRN Johor dan Negeri Sembilan - Fahmi | 79 Pusat NADI beroperasi sepenuhnya di seluruh Kelantan, meliputi semua DUN - Fahmi | Agong zahir takziah dua anggota tentera maut letupan bom di Kem Hobart | PH kekal fokus kebajikan rakyat, tidak pandang sambil lewa kewujudan parti baharu - Fahmi | Kerajaan dalam usaha tambah 10 set tren komuter baharu Shuttle Selatan untuk perkukuh perkhidmatan rel di Johor - Loke | 

Bursa Malaysia Lanjutkan Penggantungan Jualan Singkat Saham Tanco

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia menggantung jualan singkat harian (IDSS) Tanco Holdings Bhd untuk baki sesi dagangan hari ini, hari kedua berturut-turut sekatan dikenakan selepas saham itu melanggar had harganya.

Menurut bursa dalam makluman, penggantungan itu berikutan harga saham pemaju hartanah tersebut merosot lebih daripada 15 peratus atau 15 sen daripada harga rujukannya.

Jualan singkat saham Tanco Holdings di bawah rangka kerja IDSS akan disambung semula pada 8.30 pagi esok.

Sehingga 10.07 pagi, saham Tanco Holdings menurun 30 sen kepada 50 sen, dengan 33.59 juta saham bertukar tangan.

Pada Selasa, anak syarikat milik penuh tidak langsung Tanco, Tanco Dot Com Sdn Bhd, memeterai memorandum persefahaman dengan China Mobile International Ltd yang berpangkalan di Hong Kong untuk meneroka pembangunan pusat data dengan beban teknologi maklumat 50 megawatt (MW) di Negeri Sembilan.

Pada Isnin, Bursa Malaysia Securities mengeluarkan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada pemaju hartanah tersebut berikutan penurunan mendadak harga sahamnya.

-- BERNAMA