BERITA TERKINI   PRN Johor: MUDA pertaruh Rashifa Aljunied bagi pertahan kerusi DUN Puteri Wangsa - Presiden | PRN Johor: PH umum Wong Bor Yang sebagai calon DUN Senai, Mohamad Shafwan Ani calon DUN Bukit Permai - Loke | Pendirian bebas dan berkecuali Malaysia buka ruang untuk kerjasama ekonomi - PM Anwar | Kejayaan Petronas peroleh telaga gas di Turkmenistan bukti keyakinan negara luar terhadap keupayaan Malaysia, syarikat tempatan - PM Anwar | PRN Johor: PH umum Nor Zulaila Abd Ghani sebagai calon kerusi DUN Tiram, Lee Wern Yiing calon DUN Johor Jaya - Loke | 

Unit Taghill Holdings Peroleh Kontrak RM133 Juta Bagi Projek Pangsapuri Servis Di Shah Alam

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Unit Taghill Holdings Bhd, iaitu Taghill Projects Sdn Bhd memperoleh kontrak daripada Exsim MX4 Sdn Bhd berjumlah RM133 juta untuk membina dan menyiapkan kerja-kerja bangunan utama dan infrastruktur bagi D'Evia @ Kwasa Damansara (Pakej 2) di Shah Alam, Selangor.

Menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, projek tersebut merangkumi blok pangsapuri 32 tingkat dengan aras mezanin serta bawah tanah.

Ia turut melibatkan 440 unit pangsapuri servis dan kemudahan sampingan lain. 

“Projek ini dijadualkan bermula pada 16 Jun 2026, tertakluk kepada pengesahan menerusi arahan arkitek.

“Ia dijangka siap dalam tempoh 28 bulan dari tarikh permulaan,” katanya. 

-- BERNAMA