BERITA TERKINI   AirAsia mengekalkan faktor muatan yang baik sebanyak 83 peratus antara Januari dan Mei lepas - Bo Lingam | AirAsia telah menurunkan tambang sebanyak lima peratus pada 15 Jun susulan penurunan harga bahan api - Bo Lingam | AirAsia menjangka menurunkan tambang penerbangan secara berperingkat susulan penurunan harga bahan api pesawat baru-baru ini - Bo Lingam | Hamzah kembali memegang jawatan Ketua Pembangkang bermula 18 Jun - Speaker Dewan Rakyat | 

Scanwolf Peroleh Projek Substruktur Bernilai RM75 Juta Di KL

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Scanwolf Corporation Bhd (SCB) memperoleh kontrak berjumlah  RM75 juta bagi kerja-kerja penanaman cerucuk dan substruktur melibatkan projek pembangunan bercampur 74 tingkat di Jalan Pavilion, Kuala Lumpur.

Menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, anak syarikat milik penuhnya, Scanwolf Trading & Construction Sdn Bhd telah menerima surat lantikan daripada Hallson Construction Sdn Bhd. 

Projek itu dijalankan bagi pihak Tetuan Armani Hallson Sdn Bhd.

Ia dijadualkan bermula hari ini, iaitu 16 Jun 2026 dan dijangka siap dalam tempoh 24 bulan menjelang 15 Jun 2028. 

Syarikat itu berkata projek tersebut dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026, 2027 dan 2028. 

-- BERNAMA