15hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menandatangani perjanjian pembelian tenaga (PPA) solar dengan Kejuruteraan Cahaya Abadi Sdn Bhd (KCASB) bagi penjimatan hasil penggunaan elektrik bernilai hampir RM500,000.
2bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
DUBAI, 20 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah memuktamadkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Dubai dengan kejayaan yang memberangsangkan selepas jualannya melangkaui sasaran sebanyak 120 peratus kepada RM2.2 bilion.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Tiga syarikat Malaysia yang menyertai Pavilion Malaysia di Cosmoprof Asia 2024 berjaya memperoleh jualan keseluruhan RM27.33 juta sepanjang acara berkenaan.
2bulan ago
Daripada Zarul Effendi Razali
DUBAI, 20 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bertujuan mengukuhkan kerjasama dalam mempromosikan perdagangan atas dasar kesaksamaan dan faedah bersama.
2bulan ago
Daripada Zarul Effendi Razali
DUBAI, 19 Nov (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin ekspo MIHAS@Dubai 2024 mampu melepasi sasaran awal RM1 bilion jualan eksport yang ditetapkan sebelum ini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) meraih prospek perdagangan bernilai lebih RM300 juta di Ekspo Import Antarabangsa China Ketujuh (CIIE) di Shanghai, melebihi sasaran asal sebanyak RM160 juta.
2bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
DUBAI, 18 Nov (Bernama) -- Hubungan perdagangan kukuh antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam industri halal telah menyokong permintaan dan memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) terus komited menyokong pengembangan perniagaan syarikat peringkat pertengahan (SPP) tempatan ke rantau lain yang berpotensi termasuk Timur Tengah, Afrika dan Amerika Latin.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyasarkan jualan eksport daripada MIHAS@Dubai bernilai RM1 bilion.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Pavilion Malaysia di acara Tokyo Game Show (TGS) 2024 pada September lepas, berjaya menjana potensi jualan bernilai US$67.11 juta (US$1=RM4.29) daripada 150 mesyuarat niaga membabitkan syarikat-syarikat permainan Malaysia dan Jepun.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Saiz pasaran perkhidmatan penjagaan kesihatan Malaysia diunjurkan mencecah US$48.41 bilion (US$1=RM4.28) pada 2028 dengan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) 13.5 peratus, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Ekspo ASEAN-China 2024 di Nanning, China pada 24-28 September ini akan menyaksikan penyertaan 150 organisasi Malaysia yang diketuai oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysa (MATRADE).