Terdapat 338 berita berdasarkan kata kunci carian " selangor"

ISF Group Sasar Kumpul RM61.15 Juta Daripada IPO

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Penyedia penyelesaian perpaipan ISF Group Bhd dari Johor menyasarkan untuk mengumpul RM61.15 juta daripada tawaran awam permulaannya (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 28 Januari 2026.

Johor Peneraju Pasaran Hartanah, Sabah Catat Kenaikan Rentas Sektor - Rahim & Co

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Johor muncul sebagai satu daripada negeri paling berprestasi dalam jumlah dan nilai transaksi hartanah manakala Sabah mencatatkan peningkatan di segmen kediaman, komersial dan perindustrian.

IHEC 2026 Sasar Peluang Perdagangan, Penglibatan Industri Halal Bernilai RM500 Juta

BANGI, 7 Jan (Bernama) -- Persidangan Ekonomi Halal Antarabangsa 2026 (IHEC 2026) menyasarkan peluang perniagaan dan penglibatan perdagangan dalam industri halal bernilai RM500 juta.

Acara CEO Series 2026 Tumpu Petunjuk Dasar Pengaruhi Ekosistem Perniagaan Malaysia

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Program CEO Series 2026 REHDA Institute yang dijadualkan pada 15 Januari ini, akan menumpukan aspek penilaian suasana ekonomi serta isyarat dasar yang akan mempengaruhi persekitaran perniagaan dan pelaburan di Malaysia sepanjang 2026.

SC Dakwa Bekas CEO Khee San Bhd Sebabkan Kerugian Salah Berjumlah RM7.12 Juta

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mendakwa bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengerusi bukan bebas bukan eksekutif Khee San Bhd (KSB) Datuk Seri Liew Yew Chung atas kerugian salah berjumlah RM7.12 juta ke atas anak syarikat KSB, Khee San Food Industries Sdn Bhd (KSFI).

Sunway Beli Tanah Di Selangor, Pulau Pinang Bernilai RM180 Juta

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Sunway Bhd membeli tiga bidang tanah di Selangor dan Pulau Pinang dengan nilai RM179.8 juta sebagai sebahagian daripada usaha untuk menambah semula simpanan tanah selain mengukuhkan perancangan projek masa depannya.

Tokoh Korporat Syed Zainal Abidin Dilantik Pengerusi Perbadanan Wakaf Selangor

SHAH ALAM, 2 Jan (Bernama) -- Tokoh korporat Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) yang baharu berkuat kuasa semalam (1 Jan), selaras dengan perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

BNM lantik Semula Seorang Ahli Luar MPC, Tiga Ahli Majlis Penasihat Syariah

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan semula Nor Zahidi Alias sebagai ahli luar bagi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Malaysia Raih Pelaburan Digital Diluluskan RM54.13 Bilion Pada Suku Ketiga 2025 - MDEC

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Malaysia mencatatkan pelaburan digital yang diluluskan di bawah inisiatif Malaysia Digital (MD) berjumlah RM54.13 bilion pada suku ketiga 2025, menjana 21,815 pekerjaan bernilai tinggi merentasi 402 syarikat digital, kata Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Pulau Pinang, Johor, Selangor, Sarawak Dan KL Dominasi Eksport Malaysia Pada November 2025

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Pulau Pinang, Johor, Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur mendominasi eksport Malaysia, menyumbang 85.5 peratus daripada jumlah keseluruhan pada November 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

PKNS FMI Terbit Laporan Kemampanan, ESG Pertama papar Prestasi Dan Inisiatif 

Oleh Nadia Jumri

SHAH ALAM, 23 Dis (Bernama) -- PKNS FM Integrated Sdn Bhd (PKNS FMI) menerbitkan Laporan Kemampanan serta Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) pertama yang memaparkan prestasi serta inisiatif berkaitan kemampanan syarikat bagi tempoh 1 Jan, 2024 hingga 30 Mei, 2025.

EMCC Peroleh Kelulusan Empat Lesen Pajak Gadai Baharu Daripada KPKT

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Evergreen Max Cash Capital Bhd (EMCC) memperoleh kelulusan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi empat lesen pajak gadai baharu meliputi dua cawangan di Pahang serta masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak.