1hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Jumlah permintaan global bagi kargo udara, yang diukur mengikut tan kargo bagi setiap kilometer meningkat 6.0 peratus pada Mei 2026 berbanding paras Mei 2025 (6.5 peratus bagi operasi antarabangsa), menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
1hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mempercepat transformasi menyeluruh organisasinya bagi memperkukuh tadbir urus, pelaksanaan projek dan kemampuan dalaman susulan langkah penstrukturan semula syarikat pada Mac 2025.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Bekalan bahan api di rangkaian stesen minyak Petroliam Nasional Bhd (Petronas) seluruh negara dijangka stabil dan mencukupi sehingga Ogos, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun -- Pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia pada 2025 melonjak 41.2 peratus kepada RM65.9 bilion daripada RM46.7 bilion pada tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
8hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Permintaan global yang kukuh terhadap infrastruktur kecerdasan buatan (AI) dan produk tenaga terus menyokong pertumbuhan perdagangan Malaysia dalam tempoh lima bulan pertama 2026, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
11hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka didagangkan dalam julat RM4,400 hingga RM4,650 satu tan pada Julai ini, disokong oleh prospek bekalan yang kian terhad di Indonesia serta peningkatan risiko El Nino, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).
18hari ago
JAKARTA, 12 Jun (Bernama) -- Dana kekayaan negara Indonesia, Danantara Indonesia mengumpul dana sebanyak US$1.5 bilion (US$1 = RM4.05) melalui penawaran bon antarabangsa pertamanya, menarik permintaan kira-kira US$4.6 bilion, lebih tiga kali ganda daripada jumlah terbitan.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Kejohanan Piala Dunia FIFA 2026 memberikan limpahan manfaat kepada Malaysia terutama dalam sektor perdagangan digital, penggunaan media, pembayaran, logistik dan perniagaan rentas sempadan, kata ahli perbankan terkemuka.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Negara berdaulat tidak seharusnya ragu-ragu dalam mempertahankan perdagangan bebas dan membantah tarif punitif atau dasar diskriminasi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
24hari ago
PETALING JAYA, 6 Jun (Bernama) -- Kerajaan menggunakan pendekatan good risk management dengan mempelbagaikan sumber bekalan tenaga bagi memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Jumlah permintaan kargo udara global, yang diukur dalam tan-kilometer kargo, meningkat sebanyak 4.0 peratus pada April 2026 berbanding paras pada April 2025 (4.0 peratus bagi operasi antarabangsa), menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Sebuah firma strategik Malaysian kini menjadi penghubung antara Malaysia dan pasaran Rusia-Komanwel Negara-Negara Merdeka (CIS), bertujuan membuka peluang pelaburan rentas sempadan sambil memperkukuh peranan Malaysia sebagai gerbang strategik ke Asia Tenggara.