Terdapat 1624 berita berdasarkan kata kunci carian " indeks"

Bursa Malaysia Alami Prestasi Rendah Pada Hari Dagangan Terakhir 2025

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia menutup hari dagangan terakhir 2025 dengan prestasi yang sedikit lemah, susut 0.26 peratus di tengah-tengah keadaan yang negatif berikutan tiadanya pemangkin baharu dan selari dengan kelemahan di pasaran serantau.

Malaysia Catat Inflasi Keseluruhan 1.4 Peratus, Teras 2.2 Peratus Pada November -- BNM

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Inflasi keseluruhan Malaysia meningkat sedikit kepada 1.4 peratus pada November 2025 daripada 1.3 peratus pada bulan sebelumnya, demikian menurut Bank Negara Malaysia (BNM). 

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, didorong oleh aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam persekitaran kekurangan pemangkin baharu, seiring dengan pergerakan pasaran serantau yang rendah.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Ambil Petunjuk Daripada Penurunan Wall Street

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) --  Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, menjejaki penuruan daripada semalaman Wall Street susulan kemerosotan saham berkaitan teknologi.

Belian Saat Akhir Lonjak Petunjuk Pasaran Bursa Malaysia Untuk Ditutup Tinggi 

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia mengakhiri dagangan  dengan lebih kukuh hari ini, pulih selepas penurunan pada awal dagangan untuk ditutup 0.21 peratus lebih tinggi, paras tertinggi baharu untuk tahun ini.

Inflasi Malaysia Dijangka Kekal Rendah, Stabil - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Inflasi Malaysia dijangka kekal rendah dan stabil di masa depan walaupun perluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berkemungkinan mendorong kenaikan yang sederhana, demikian menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia susut pada sesi dagangan awal hari ini, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang lemah berikutan kekurangan petunjuk ekonomi baharu bagi menggerakkan pasaran.

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Kukuh, Hampiri Paras Tertinggi Dalam Tempoh 16 Bulan

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia pulih daripada penurunan intra harinya, ditutup 0.23 peratus lebih tinggi hari ini menghampiri paras tertinggi dalam tempoh 16 bulan, susulan permintaan kukuh institusi.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) --  Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah berikutan aktiviti pengambilan untung muncul terhadap saham mewah terpilih dalam persekitaran kekurangan pemangkin baharu.

IHP Malaysia Turun 1.8 Peratus Pada November 2025 - Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia turun 1.8 peratus pada November, 2025 daripada penurunan 0.1 peratus pada Oktober 2025, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi dalam dagangan awal hari ini, menjejaki prestasi Wall Street minggu lepas walaupun sentimen global yang perlahan berikutan musim cuti.

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan Berikutan Musim Cuti

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan tidak berubah minggu depan berikutan musim cuti terus menjejaskan aktiviti pasaran, kata seorang ahli ekonomi.