BERITA TERKINI   Proses pendaftaran simkad prabayar akan guna pakai MyDIGITAL ID, dikuat kuasa menjelang akhir tahun ini - Fahmi | Kerajaan setuju secara prinsip pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya - Fahmi | Malaysia kecam sekerasnya serangan di Qatar dan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla - Fahmi | Tiada aktivis Malaysia terlibat dalam serangan membabitkan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla - Fahmi | Semua lawatan menteri, timbalan menteri ke luar negara dihentikan sementara, fokus Belanjawan 2026 dan Sidang Kemuncak ASEAN - Fahmi | 

Terdapat 803 berita berdasarkan kata kunci carian " mata wang"

Sektor Perbankan Malaysia Berdaya Tahan Meskipun Pertumbuhan Lembap - S&P Global

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Sektor perbankan Malaysia berkedudukan baik untuk menghadapi ketegangan perdagangan dan pertumbuhan ekonomi yang lembap, dipacu oleh pasaran buruh yang teguh dan kestabilan kewangan isi rumah, menurut S&P Global Ratings.

Ringgit Dijangka Cecah 4.08 Menjelang Akhir 2025 - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Ringgit diunjurkan mengukuh kepada 4.08 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir tahun ini, disokong oleh kestabilan makroekonomi Malaysia, pembaharuan yang sedang dilaksanakan serta peralihan pelabur daripada aset AS, menurut Kenanga Investment Bank (IB) Bhd.

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga hari ini dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong oleh laporan data pekerjaan negara maju itu yang lemah dan berpotensi menyaksikan penurunan kadar faedah utamanya.

Ringgit Ditutup Tinggi Menjelang Semakan Semula Data Pekerjaan AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Selasa berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu terus mencatatkan penurunan susulan laporan pekerjaan AS yang dikeluarkan pada Jumaat lepas kurang menggalakkan.

Rizab Antarabangsa BNM Naik Kepada US$122.7 Bilion Pada 29 Ogos

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat sedikit kepada US$122.7 bilion pada 29 Ogos 2025, daripada US$122 bilion yang direkodkan pada 15 Ogos 2025.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pada Selasa, meneruskan peningkatan susulan penurunan mata wang Amerika Syarikat (AS) dalam persekitaran jangkaan bahawa AS akan menaikkan kadar faedahnya.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Ekoran Data NFP AS Hambar

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin apabila dolar AS melemah susulan laporan pasaran buruh AS yang dikeluarkan pada Jumaat lepas tidak memberangsangkan.

Ringgit Tinggi Berbanding Dolar AS Didorong Data Pekerjaan AS Rendah

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, didorong oleh jangkaan meningkat terhadap penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) yang rendah.

Ringgit Dijangka Kukuh Minggu Depan Susulan Peningkatan Jangkaan Penurunan Kadar

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- Ringgit dijangka meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan selepas data gaji bukan ladang (NFP) AS yang dikeluarkan lebih rendah daripada jangkaan, sekali gus meningkatkan harapan terhadap penurunan kadar faedah di negara itu bulan ini.

Pasaran Getah Dijangka Stabil Dengan Kecenderungan Menaik Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka stabil dengan momentum yang cenderung menaik pada minggu depan. 

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis selepas Indeks Dolar AS (DXY AS) naik 0.1 peratus kepada 98.245 mata walaupun laporan kekosongan pekerjaan di Amerika Syarikat (AS) lebih rendah daripada jangkaan, kata penganalisis.

IOI Properties Selesai Terbitan Sukuk Murabahah Berjumlah RM1 Bilion

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh IOI Properties Group Bhd (IOIPG), iaitu Fortune Premiere Sdn Bhd telah melengkapkan terbitan ketujuh sukuk murabahah berjumlah sehingga RM1 bilion dalam nilai nominal di bawah program nota jangka sederhana Islam pelbagai mata wang sedia ada sehingga RM3 bilion.