Ringgit Ditutup Lebih Kukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada Selasa, didorong oleh minat belian yang lebih baik.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.0460/0505 berbanding dolar AS, daripada 4.0580/0625 ketika ditutup semalam.
Indeks Dolar AS (DXY), yang mengukur nilai dolar AS (USD) berbanding enam mata wang utama, diniagakan pada 97.96, susut sebanyak 0.05 peratus.
Peserta pasaran kekal di luar pasaran, menantikan hasil penerbitan minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS bagi bulan Disember.
Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.
Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.5948/5978 daripada 2.5956/5987 ketika ditutup pada Isnin, lebih tinggi sedikit berbanding pound Britain pada 5.4678/4738 daripada 5.4742/4803, dan meningkat sedikit berbanding euro kepada 4.7621/7674 daripada 4.7787/7840 semalam.
Prestasi mata wang tempatan juga lebih baik berbanding mata wang negara anggota ASEAN lain.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1526/1566 daripada 3.1572/1610 pada Isnin, menokok berbanding baht Thailand kepada 12.8404/8620 daripada 12.8985/9190 semalam, mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 241.2/241.6 daripada 241.7/242.1, dan lebih tinggi berbanding peso Filipina pada 6.87/6.88 berbanding 6.90/6.91 sebelumnya.
-- BERNAMA