11jam ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) muncul antara kaunter paling aktif diniagakan di Bursa Malaysia pada awal dagangan hari ini, dengan penganalisis mengekalkan saranan “beli” berikutan jangkaan pemulihan kukuh pada suku kedua 2026, disokong permintaan perjalanan yang terus teguh serta tekanan kos yang semakin reda.
2hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan peningkatan bagi hari kedua berturut-turut hari ini, ditutup lebih daripada satu peratus lebih tinggi disebabkan sentimen pelabur kekal aktif dalam persekitaran keadaan pasaran serantau yang semakin baik dan minat belian dalam kaunter wajaran tinggi.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Vantris Energy Bhd kembali mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM145.79 juta pada suku pertama (S1) bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2027 (TK2027), berbanding kerugian bersih RM477.95 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street berikutan pelabur kembali memberi tumpuan kepada saham teknologi, yang terus mendapat manfaat daripada kitaran pertumbuhan kecerdasan buatan (AI) yang pesat.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Pertumbuhan perdagangan edaran Malaysia diunjur pada 6.1 peratus dalam 2026 berbanding 5.6 peratus pada 2025 susulan prestasi lebih kukuh tahun ini yang mengatasi jangkaan awal.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menyemak naik unjuran pertumbuhan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia untuk 2026 kepada 4.9 peratus daripada 4.1 peratus.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menaikkan unjuran harga minyak sawit mentah (MSM) bagi tahun penuh 2026 sebanyak empat peratus kepada RM4,400 setan daripada RM4,250 setan sebelum ini dengan mengambil kira fenomena El Niño.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dalam wilayah positif hari ini apabila selera risiko pelabur bertambah baik susulan pemulihan kukuh Wall Street semalaman.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Harga minyak Brent ditutup pada US$90.40 setong dan terus diniagakan di bawah paras US$90 setong (US$1=RM4.05) pada pembukaan dagangan Jumaat susulan peningkatan optimisme terhadap potensi perjanjian antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengurangkan kerugian pada sesi tengah hari susulan aktiviti belian ketika harga rendah dalam kalangan saham berwajaran tinggi terpilih, didahului oleh Petronas Chemicals, Tenaga Nasional dan Kuala Lumpur Kepong.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka diniagakan tinggi pada separuh kedua 2026, disokong kemungkinan fenomena El Nino yang kuat serta peningkatan harga minyak soya dan biji sesawi susulan lonjakan permintaan terhadap biobahan api, kata CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, seiring dengan aliran penurunan di pasaran serantau utama berikutan pelabur kekal berhati-hati terhadap perkembangan di Asia Barat.