2jam ago
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- TH Plantations Bhd mencatat penyusutan 9.49 peratus dalam keuntungan bersihnya kepada RM11.62 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2026, daripada RM12.84 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka bercampur-campur berbanding mata wang serantau dan kebanyakannya lebih kukuh berbanding mata wang utama hari ini, di tengah-tengah sentimen pasaran yang berhati-hati susulan data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang lebih baik daripada jangkaan.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Impak krisis bekalan global dijangka lebih ketara pada suku ketiga tahun ini, khususnya terhadap kestabilan harga, kos operasi industri dan pasaran buruh, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Ahmad Nasir.
3hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini berikutan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2026 Malaysia yang lebih kukuh daripada jangkaan dan berkembang sebanyak 5.4 peratus, mengatasi anggaran awal 5.3 peratus.
5hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil antara RM3.94 dan RM3.96 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2026 pada 4.7 peratus, dengan cenderung untuk meningkat ke arah lima peratus susulan prestasi lebih kukuh daripada jangkaan pada suku pertama 2026.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Sektor perkhidmatan mencatat pertumbuhan sebanyak 8.1 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2026 dengan hasil mencecah RM682.0 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
11hari ago
Oleh Mohamad Syazwan Mustafa
ISKANDAR PUTERI, 10 Mei (Bernama) -- Pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) kini menjadi antara sandaran utama kerajaan negeri dalam usaha menoktahkan isu “brain drain” atau penghijrahan tenaga mahir dengan menawarkan ekosistem pekerjaan berpendapatan tinggi yang mampu menyaingi daya tarikan pasaran buruh di Singapura.
19hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam julat sempit antara US$4,600 hingga US$4,700 setiap auns troy minggu depan, susulan jangkaan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) akan mengekalkan pendirian dasar monetari yang ketat.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Apex Securities menjangkakan gandingan dolar AS/ringgit akan diniagakan pada julat 3.95-4.05 dalam tempoh terdekat.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang sebanyak 5.3 peratus pada suku pertama 2026 berdasarkan anggaran awal, mencerminkan asas ekonomi yang kekal berdaya tahan meskipun berdepan peningkatan ketidaktentuan global, khususnya kenaikan harga minyak susulan ketegangan geopolitik, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyemak naik unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi tahun ini, meningkat sebanyak 0.4 mata peratusan.