BERITA TERKINI   Liga Super: PDRM 1-1 Penang | Liga Super: Terengganu 1-3 Imigresen | 

Terdapat 1625 berita berdasarkan kata kunci carian " pengurusan"

IPO SkyeChip Terlebih Langganan 95.03 Kali Menjelangan Penyenaraian

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) SkyeChip Bhd telah terlebih langganan sebanyak 95.03 kali menjelang penyenaraian di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Menjelang Laporan NFP AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives  ditutup rendah pada Jumaat apabila pasaran kekal berhati-hati sebelum laporan penggajian bukan perladangan (NFP) Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Menjelang Data Pekerjaan AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding mata wang utama dan serantau termasuk dolar AS ketika ditutup pada Jumaat berikutan pelabur kekal berhati-hati menjelang data pekerjaan gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat dalam persekitaran ketegangan konflik di Asia Barat yang kembali memuncak.

Petronas Dagangan Lantik Sazali Hamzah Sebagai Pengerusi

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Petronas Dagangan Bhd (PDB) melantik Datuk Sazali Hamzah sebagai pengerusinya berkuat kuasa hari ini.

Krisis Global: Kementerian Ekonomi Perkukuh Daya Tahan Ekonomi Negara

BATU KAWAN, 8 Mei (Bernama) -- Kementerian Ekonomi memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negara serta menjamin keterjaminan bekalan bahan input utama susulan ketidaktentuan geopolitik dan krisis global yang masih berlarutan ketika ini.

Teknologi Kembar Digital, Pembuatan Pintar Elemen Penting Perkukuh Ekosistem Perindustrian Malaysia

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Teknologi kembar digital dan pembuatan pintar menjadi elemen yang semakin penting dalam memperkukuh ekosistem perindustrian Malaysia, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Penyelesaian Bersasar Lebih Berkesan Atasi Kejutan Bekalan, Bukan Dasar Monetari - BNM

Oleh M. Saraswathi & Karina Imran

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Dasar monetari pada asasnya adalah instrumen pengurusan permintaan justeru secara amnya kurang sesuai dalam mengatasi kejutan yang didorong penawaran seperti kenaikan harga bahan api dan komoditi, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

CIMB Group Lantik Mak Joon Nien Sebagai CEO Pasaran Pertumbuhan, CIMB Singapura

KUALA LUMPUR, 7 Mei  (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd melantik Mak Joon Nien sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pasaran Pertumbuhan dan CIMB Singapura, tertakluk kepada kelulusan pihak pengawal selia.

Niaga Hadapan Emas Terus Naik Susulan Dolar AS Yang Lemah, Hasil Perbendaharaan AS Susut

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan kenaikan, ditutup lebih tinggi pada Khamis, apabila sentimen pasaran mengukuh susulan penurunan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan dolar AS yang lebih lemah. 

Ringgit Ditutup Tinggi, Teruskan Prospek Mengukuh Selepas Paras OPR Kekal

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentumnya apabila ditutup mengukuh berbanding mata wang utama dan kebanyakan unit serantau pada akhir urus niaga Khamis selepas Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.

MIDA Gesa Penyertaan Tempatan Lebih Mendalam Dalam Rantaian Nilai Semikonduktor

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Malaysia perlu terus menarik pelaburan strategik dan berkualiti tinggi sambil memastikan syarikat tempatan meraih bahagian yang lebih besar daripada nilai yang dicipta oleh pelabur global yang beroperasi di negara ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid.

Azizan Jaafar Dilantik CEO Baharu VentureTECH

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- VentureTECH Sdn Bhd melantik Azizan Jaafar sebagai ketua pegawai eksekutifnya (CEO) berkuat kuasa serta-merta.