1jam ago
Daripada Naveen Prabu A/L Kuppusamy
ABU DHABI, 14 Jan (Bernama) -- Projek solar terapung Empangan Chereh di Pahang berpotensi membantu Malaysia membangunkan kepakaran dalam tenaga boleh baharu (TBB) yang boleh dieksport ke pasaran lain, kata Pengerusi Eksekutif dan Presiden Citaglobal Bhd Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- JAKS Resources Bhd menerusi unitnya, JAKS Solar Power Sdn Bhd, bersetuju untuk melupuskan sepenuhnya pegangan dalam anak syarikat milik penuhnya, JAKS Solar Nibong Tebal Sdn Bhd (JSNT) kepada Sunview Asset Management Sdn Bhd (SAMSB) pada jumlah pertimbangan sehingga RM55 juta.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Richmond Asia Group merancang untuk mengembangkan portfolio hospitalitinya di Malaysia bagi merangkumi sehingga 20 hotel dalam tempoh lapan tahun lagi.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Usaha untuk memperluas pelan hala tuju tenaga Malaysia memerlukan pelaburan berterusan, infrastruktur kukuh dan kolaborasi bersama penggubal dasar, pembiaya dan rakan serantau, termasuk bekerjasama dengan pemain teknologi ASEAN dan juga global.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) selaku antara utiliti utama dalam inisiatif Grid Kuasa ASEAN (APG), akan kekal sebagai pengupaya penting peralihan tenaga bersama perkumpulan itu dengan menjadikan kesalinghubungan rentas sempadan sebagai pemacu teras integrasi tenaga.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh tidak langsung Yinson Holdings Bhd, Mt Cass Wind Farm Ltd (MCWFL) telah memeterai perjanjian pembelian tenaga (PPA) selama 15 tahun dengan Genesis Energy Ltd daripada ladang angin 94.6 megawatt (MW) yang terletak di Pulau Selatan New Zealand.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Malakoff Corporation Bhd berkata anak syarikat 80 peratus miliknya, Malakoff Silver Solar Sdn Bhd (MSSSB), menandatangani perjanjian pembelian tenaga (PPA) selama 21 tahun dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk projek fotovoltaik solar berkapasiti 470 megawatt arus ulang-alik (MWac) di Perak.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Gadang Holdings Bhd mengumumkan bahawa anak syarikat milik 60 peratusnya, Tenaga Aspirasi Sdn Bhd (SPP) hari ini telah menandatangani perjanjian pembelian tenaga fotovoltan solar (PPA) berskala besar dengan Sabah Electricity Sdn Bhd.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-Langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2025 untuk memperkukuh sistem percukaian negara.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Gamuda Bhd memperoleh dua lagi kontrak di Australia menerusi anak syarikat milik penuhnya, menjadikan nilai perolehan kontrak dalam tangan kumpulan itu mencatatkan rekod tertinggi sebanyak RM46 bilion.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Unit perniagaan tenaga boleh baharu Yinson Holdings Bhd, Yinson Renewables memperoleh hak ke atas Projek Ladang Angin Mt Cass daripada MainPower New Zealand Ltd.
27hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Tahun 2025 merupakan tahun yang menarik untuk Malaysia, mencetuskan idea baharu dan memacu pertumbuhan merentas sektor tenaga.