BERITA TERKINI   Final pertama ACC: Selangor FC 0-1 Buriram United | SPR terima pemakluman status kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa, sahkan tiada keperluan isi kekosongan luar jangka. | 

Terdapat 2761 berita berdasarkan kata kunci carian " prestasi"

Malaysia Perkukuh Kepakaran Industri Rel Melalui PLKI-ECRL Di China

Daripada Norsyafawati Ab Wahab

LIUZHOU (China), 20 Mei (Bernama) -- Program Latihan Kemahiran Industri Projek Laluan Rel Pantai Timur (PLKI–ECRL) yang dijalankan di Liuzhou Railway Vocational Technical College (LRVTC), di sini membantu Malaysia menyediakan tenaga kerja mahir dalam industri rel. 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Menjejaki Kelemahan COMEX

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki prestasi kelemahan dalam pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS).

Prestasi Eksport Pacu Sentimen, Ringgit Ditutup Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Nilai ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Rabu, didorong oleh sentimen pasaran yang kian ketara susulan prestasi perdagangan Malaysia yang naik 28.6 peratus tahun ke tahun dan mencecah rekod RM336.73 bilion pada April 2026.

BDB Infra Peroleh Kontrak Penyelenggaraan Jalan Negeri Bernilai RM251.65 Juta

ALOR SETAR, 20 Mei (Bernama) -- BDB Infra Sdn Bhd (BDB Infra) yang juga anak syarikat milik penuh Bina Darulaman Bhd (BDB) memperoleh kontrak penyelenggaraan jalan negeri bernilai RM251.65 juta daripada kerajaan Kedah.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari Seiring Prestasi Lemah Serantau

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, seiring prestasi pasaran serantau yang lebih lemah.

Eksport Industri Perkayuan Sarawak Menurun 10 Peratus - Awang Tengah

KUCHING, 20 Mei (Bernama) -- Nilai eksport industri perkayuan Sarawak pada suku pertama tahun ini menurun sebanyak 10 peratus kepada RM564 juta berbanding RM624 juta dalam tempoh sama tahun lepas, dipengaruhi oleh penyusutan permintaan pasaran global.

MyCEB Tonjol Kelebihan Malaysia Di IMEX Frankfurt 2026

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), sekali lagi mewakili Malaysia di IMEX Frankfurt 2026, sekali gus memperkukuh kedudukan negara sebagai destinasi utama acara perniagaan global.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Jejaki Prestasi Lemah Wall Street

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki prestasi lemah Wall Street semalaman apabila hasil bon melonjak susulan kebimbangan bahawa data inflasi yang tinggi baru-baru ini boleh mendorong Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah di Bursa Malaysia Derivatives hari ini sejajar prestasi pasaran tunai pendasar.

Unit Gamuda Raih Dua Kontrak EPC Di Australia Bernilai RM3.12 Bilion

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- DT Infrastructure, anak syarikat milik penuh Gamuda Bhd di Australia, meraih dua kontrak kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC) bernilai AU$1.1 bilion (kira-kira RM3.12 bilion) untuk pembinaan stesen jana kuasa solar Smoky Creek dan Guthrie’s Gap.

Untung Bersih Malayan Flour Mills Naik 28.4 Peratus Kepada RM42.5 Juta Pada Suku Pertama

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Malayan Flour Mills Bhd mencatatkan peningkatan keuntungan bersih sebanyak 28.4 peratus pada suku pertama berakhir 31 Mac 2026, dengan pendapatan naik kepada RM42.5 juta daripada RM33.1 juta pada suku tahun sama tahun lepas.

Wasco Catat Untung Bersih RM11.10 Juta Pada Suku Pertama

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Wasco Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM11.10 juta pada suku pertama yang berakhir pada 31 Mac, 2026 daripada RM35.43 juta bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya.