Terdapat 744 berita berdasarkan kata kunci carian " rasmi"

PMI Pembuatan Malaysia Bagi Disember Kekal Pada 50.1, Bukti Pengukuhan Kecil - S&P Global

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan S&P Global 2025 bagi Disember 2025 yang diselaraskan secara bermusim, kekal tidak berubah pada 50.1 berbanding bulan sebelumnya.

Aset Rizab Malaysia Pada US$124.12 Bilion Setakat Akhir November 2025 - BNM

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$124.12 bilion (US$1= RM4.04) pada 30 November, 2025, manakala aset mata wang asing lain berada pada US$266.2 juta, menurut Bank Negara Malaysia (BNM). 

Perluas Pelan Hala Tuju Tenaga Malaysia Perlukan Pelaburan Berterusan, Kerjasama Serantau -- TNB

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Usaha untuk memperluas pelan hala tuju tenaga Malaysia memerlukan pelaburan berterusan, infrastruktur kukuh dan kolaborasi bersama penggubal dasar, pembiaya dan rakan serantau, termasuk bekerjasama dengan pemain teknologi  ASEAN dan juga global.

Nilai Eksport Negara Catat RM1.45 Trilion Setakat November Tahun Ini - Pengerusi MATRADE

KEPALA BATAS, 28 Dis (Bernama) -- Malaysia mencatatkan nilai eksport negara mencecah RM1.45 trilion bagi tempoh Januari hingga November tahun ini, manakala jumlah dagangan keseluruhan mencapai RM2.77 trilion bagi tempoh sama.

Komitmen Kerajaan MADANI Pastikan Setiap Pelaburan Beri Pulangan Kepada Rakyat - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa komitmen Kerajaan MADANI

Proses Daftar Masuk, Kenaikan Penumpang Kembali Normal - MAHB

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah mengumumkan bahawa sistem pemprosesan penumpang global di lapangan terbang di Malaysia kini telah pulih sepenuhnya oleh penyedia sistem.

Gangguan Sistem Penerbangan Global Jejas Daftar Masuk, Naik Pesawat Di Lapangan Terbang Malaysia

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Gangguan sementara melibatkan sistem pemprosesan penumpang global yang digunakan oleh pelbagai syarikat penerbangan di seluruh dunia menjejaskan proses daftar masuk dan menaiki pesawat di lapangan terbang Malaysia, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) hari ini.

Kemas Kini Pelayar Web, Sistem Operasi Bagi Tangani Ancaman Siber - Persatuan Perbankan

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) serta Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) menggesa pelanggan dalam memastikan pelayar web dan peranti mudah alih mereka menggunakan versi terkini untuk melindungi akaun perbankan mereka daripada ancaman siber. 

ASEAN Insurance Pulse 2025 Malaysian Re Tumpu Halangan Premium Rendah, Jurang Kapasiti

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Malaysian Reinsurance Bhd (Malaysian Re) melancarkan edisi kesembilan penerbitan penyelidikan tahunannya, ASEAN Insurance Pulse 2025.

Portugal Muncul Pintu Masuk Utama Malaysia Terokai Pasaran Kesatuan Eropah -- Duta

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Portugal muncul sebagai pintu masuk strategik bagi Malaysia untuk meneroka pasaran Kesatuan Eropah (EU), menawarkan kepakaran dalam tenaga boleh baharu, pembuatan, logistik maritim dan perkongsian teknologi, kata Duta Malaysia ke Portugal Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim.

Sektor Minyak Sawit Kekal Stabil Pada 2025 Didorong Pengecualian Tarif AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Penggiat industri minyak sawit Malaysia menarik nafas lega apabila dikecualikan daripada tarif import sebanyak 19 peratus yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS), pada masa yang sama mengekalkan momentum yang stabil pada tahun ini walaupun terjejas oleh permintaan luar yang rendah dan paras inventori yang tinggi.

China Market Lancar Pusat Beli-belah Digital Di Malaysia Selaku Hab ASEAN

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- China Market memilih Malaysia sebagai habnya di ASEAN, sekali gus membuka peluang kepada produk perindustrian China menembusi pasaran Asia Tenggara.