Terdapat 1586 berita berdasarkan kata kunci carian " ringgit "

Ringgit Ditutup Rendah Dalam Persekitaran Berhati-hati Terhadap Data Ekonomi China 

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, disebabkan sentimen berhati-hati menguasai pasaran pertukaran mata wang asing.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Dalam Sentimen Pasaran Berhati-hati

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin walaupun sentimen berhati-hati berterusan berikutan ketegangan geopolitik yang meningkat di Asia Barat.

Ringgit Dijangka Diniagakan RM3.94–RM3.96 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil antara RM3.94 dan RM3.96 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan.

Kedudukan Luaran Malaysia Kekal Teguh Dalam Ketidaktentuan Geopolitik - Kenanga Investment

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Kedudukan luaran Malaysia dijangka kekal berdaya tahan walaupun ketidaktentuan geopolitik meningkat dan konflik Amerika Syarikat-Iran berterusan, menurut Kenanga Investment Bank Bhd.

Data KDNK Kukuh, Ringgit Ditutup Kebanyakannya Meningkat Berbanding Mata Wang Utama

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang utama selepas Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia tumbuh 5.4 peratus dalam suku pertama 2026.

Tumpuan Kerajaan Kepada Reformasi Perkukuh Momentum Pertumbuhan Ekonomi - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Tumpuan kerajaan terhadap reformasi Ekonomi MADANI yang berteraskan dasar mesra pertumbuhan, program berpaksikan rakyat serta pengurusan fiskal  yang bertanggungjawab, terus memperkukuh momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringgit Disokong Prospek Ekonomi Malaysia Teguh, Momentum Pembaharuan -- BNM

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Prospek ekonomi Malaysia yang teguh serta momentum pembaharuan berterusan dijangka terus menyokong ringgit manakala faktor luaran akan terus mempengaruhi pergerakan kadar pertukaran asing, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS Menjelang Pengumuman KDNK Suku Pertama

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Ringgit mengakhiri kenaikan selama tujuh hari dagangan berturut-turut apabila rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan peniaga berhati-hati menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2026 hari ini.

Ringgit Kebanyakannya Mengukuh Berbanding Mata Wang Utama, Serantau Kecuali Dolar AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Khamis dengan kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang utama dan negara serantau, namun rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Hari Ketujuh Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada hari dagangan ketujuh berturut-turut menjelang pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping pada 14 hingga 15 Mei 2026.

Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Menjelang Pertemuan Trump, Xi

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Rabu dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain, dipacu oleh peningkatan sentimen terhadap mata wang Asia menjelang pertemuan penting Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping minggu ini.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama termasuk dolar AS hari ini menjelang pengumuman suku pertama Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada Jumaat.