Terdapat 11273 berita berdasarkan kata kunci carian " seb"

Grab Peroleh Lesen Pengendali Perkhidmatan E-hailing Rentas Sempadan

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Syarikat terkemuka perkhidmatan e-hailing dan penghantaran di Asia Tenggara, Grab, memperoleh Lesen Pengendali Perkhidmatan E-Hailing Rentas Sempadan (CRSOL) yang pertama kali dikeluarkan.

Kenanga Investment Bank Kekal Unjuran Pertumbuhan Pinjaman 2026 Pada 5.0-5.5 Peratus

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran pertumbuhan pinjaman 2026 pada 5.0 peratus hingga 5.5 peratus, disokong oleh permintaan isi rumah dan pasaran buruh yang stabil.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Menjelang Cuti Panjang

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan dagangan berhati-hati menjelang cuti hujung minggu yang panjang. 

Keuntungan Bersih Suku Kedua Fraser & Neave Susut Kepada RM96.27 Juta

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Keuntungan bersih Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) bagi suku kedua berakhir 31 Mac, 2026 kepada RM96.27 juta berbanding RM140.33 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

Subsidiari KPS Consortium Peroleh Aset Industri Di Rawang Bernilai RM45.5 Juta

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Subsidiari milik penuh KPS Consortium Bhd (KPSCB), KPS Plywood Sdn Bhd, memeterai tiga perjanjian jual beli berasingan dengan Nautical Wealth Sdn Bhd (dalam pembubaran) bagi memperoleh beberapa hartanah di Rawang, Selangor, pada harga RM45.5 juta.

CIMB Niaga Catat Untung Sebelum Cukai 2.3 Trilion Rupiah Pada Suku Pertama 2026

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- PT Bank CIMB Niaga Tbk mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak 2.3 trilion rupiah bagi suku pertama 2026, bersamaan pendapatan sesaham 70.20 rupiah (RM1 = 4,366 rupiah).

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Jejaki Prestasi Kukuh Di COMEX

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, menjejaki prestasi kukuh niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (COMEX).

Ringgit Ditutup Rendah Ekoran Ketidaktentuan Harga Minyak, Keputusan Terkini Fed

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding kebanyakan mata wang utama lain termasuk dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, apabila pelabur beralih tumpuan kepada aset selamat susulan kebimbangan terhadap harga minyak mentah yang tidak menentu.

IOI Properties Sedia Sertai FBM KLCI Dalam Semakan Jun -- CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- IOI Properties Group Bhd berkemungkinan menggantikan Sime Darby Bhd sebagai satu daripada 30 konstituen FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) dalam semakan separuh tahunan akan datang oleh FTSE Russell dan Bursa Malaysia, menurut seorang penganalisis.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Kebanyakannya Rendah

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup kebanyakannya rendah pada Khamis walaupun prestasi pasaran tunai stabil.

Belian Saat Akhir Pacu Bursa Malaysia Meningkat, Harga Minyak Dorong Saham Tenaga

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Aktiviti belian di saat-saat akhir memacu peningkatan indeks utama Bursa Malaysia yang mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih tinggi, sekali gus mengatasi penyusutan awal ketika lonjakan harga minyak merangsang sentimen bagi kaunter saham berkaitan tenaga dan kimia.

Perbelanjaan Bagi Barisan Hadapan Kekal Dilindungi Dalam Pelarasan - Amir Hamzah

Oleh Siti Noor Afera Abu 
 

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Langkah pelarasan perbelanjaan mengurus tidak akan menjejaskan petugas barisan hadapan mahupun penyampaian perkhidmatan asas kepada rakyat, memandangkan hanya melibatkan perbelanjaan tidak kritikal, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.