BERITA TERKINI   Pengukuhan ringgit simbol keyakinan dunia terhadap kestabilan dan masa depan ekonomi Malaysia - Muhammad Kamil | Pengukuhan ringgit berterusan hasil kekuatan asas ekonomi negara dan keyakinan pelabur - Muhammad Kamil | 

Belian Saat Akhir Pacu Bursa Malaysia Meningkat, Harga Minyak Dorong Saham Tenaga

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Aktiviti belian di saat-saat akhir memacu peningkatan indeks utama Bursa Malaysia yang mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih tinggi, sekali gus mengatasi penyusutan awal ketika lonjakan harga minyak merangsang sentimen bagi kaunter saham berkaitan tenaga dan kimia.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran serantau sebaliknya kekal diasak tekanan susulan petunjuk negatif Wall Street yang dipengaruhi oleh lonjakan harga minyak, prestasi pendapatan yang bercampur-campur serta pendirian berhati-hati Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.

Pada 5 petang ini, indeks petunjuk utama FBM KLCI menokok 1.60 mata atau 0.09 peratus kepada 1,722.02 daripada 1,720.42 pada akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka susut sedikit di paras 1,720.23 dan bergerak dalam julat paras terendah 1,712.14 sehingga tertinggi 1,722.03 sepanjang dagangan hari ini.

Sentimen pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 816 berbanding 360 manakala 546 kaunter tidak berubah, 950 tidak diniagakan dan 77 digantung dagangannya.

Jumlah dagangan merosot kepada kepada 2.91 bilion unit bernilai RM3.21 bilion berbanding 3.63 bilion unit bernilai RM3.13 bilion, semalam.

Di peringkat pasaran serantau, Indeks Straits Times Singapura meraih 1.06 peratus kepada 4,912.69, Nikkei 225 Jepun sebaliknya susut 1.06 peratus kepada 59,284.92, Indeks Hang Seng Hong Kong turun 1.28 peratus kepada 25,776.53 manakala KOSPI Korea Selatan jatuh 1.38 peratus kepada 6,598.87.

Thong berkata minyak mentah Brent yang juga penanda aras global terus bergerak mencecah lebih US$120 setong susulan penutupan berterusan Selat Hormuz.

Laporan media sebelum ini menyatakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah memberi amaran kepada Iran mengenai sekatan tentera AS ke atas selat berkenaan berkemungkinan berlanjutan sehingga berbulan-bulan lamanya.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM11.08, IHH Healthcare untung satu sen kepada RM8.82. Public Bank susut tujuh sen kepada RM4.68, Tenaga Nasional rugi enam sen kepada RM14.54 manakala CIMB kehilangan tiga sen kepada RM7.66.

Kaunter paling aktif didahului Zetrix AI yang rugi 3.5 sen kepada 82 sen, Econpile turun dua sen kepada 14.5 sen, UEM Sunrise berkurangan empat sen kepada 64.5 sen, Borneo Oil naik setengah sen kepada satu sen manakala VS Industry tidak berubah pada 21 sen.

Bagi kaunter paling untung, Nestle melonjak RM5.50 kepada RM108.40, KL Kepong naik 66 sen kepada RM21.22, LPI menambah 44 sen kepada RM14.84, Petronas Chemicals naik 26 sen kepada RM5.92 dan MISC meraih 24 sen kepada RM8.37.

Sebaliknya kaunter paling rugi menyaksikan MPI turun RM1.38 kepada RM36.62, United Plantations rugi 26 sen kepada RM31.74, Fraser & Neave berkurangan 22 sen kepada RM31.30, Hong Leong Bank merosot 20 sen kepada RM22.26 dan Sunway Construction susut 18 sen kepada RM6.85.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas turun 19.46 mata kepada 12,723.74, Indeks FBM Top 100 susut 10.79 mata kepada 12,560.83, Indeks FBM Emas Syariah meningkat 10.52 mata kepada 12,718.36, Indeks FBM Mid 70 merosot 112.12 mata kepada 18,085.97 dan Indeks FBM ACE turun 45.38 mata kepada 4,618.11.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga merosot 4.39 mata kepada 840.67, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 99.78 mata kepada 19,885.03, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.18 mata kepada 196.31 dan Indeks Perladangan meningkat 121.52 mata kepada 8,939.31.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 1.83 bilion unit bernilai RM2.99 bilion daripada 2.23 bilion unit bernilai RM2.86 bilion, semalam.

Dagangan waran merosot kepada 771.93 juta unit bernilai RM101.99 juta daripada 1.05 bilion unit bernilai RM134.02 juta sebelum ini.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan susut kepada 308.47 juta unit bernilai RM114.03 juta daripada 342.76 juta unit bernilai RM131.74 juta semalam.

Selain itu, kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 190.39 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan industri (355.60 juta), pembinaan (199.23 juta), teknologi (307.26 juta), perkhidmatan kewangan (70.78 juta), hartanah (229.75 juta), perladangan (42.70 juta), amanah pelaburan hartanah (17.28 juta), dana tertutup (18,100), tenaga (161.07 juta), penjagaan kesihatan (90.04 juta), telekomunikasi dan media (45.70 juta), pengangkutan dan logistik (80.50 juta), utiliti (47.41 juta) dan amanah perniagaan (10,783).

Dalam pada itu, Bursa Malaysia dan anak syarikatnya akan ditutup pada 1 Mei 2026 bersempena cuti umum Hari Pekerja dan akan beroperasi semula pada 4 Mei 2026.

-- BERNAMA