BERITA TERKINI   Liga Super: PDRM FC 3-1 Kelantan TRW FC | Liga Super: Imigresen FC 1-1 Negeri Sembilan FC | 

Terdapat 1758 berita berdasarkan kata kunci carian " susut"

Pelabur Teliti Impak AS Turun Kadar Faedah, Ringgit Diunjur Bergerak Dalam Julat Kecil

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat lebih kecil namun cenderung meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan ketika pelabur meneliti aliran dagangan susulan keputusan negara maju itu menurunkan kadar faedah utamanya.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Berlegar Pada Paras 1,600 Minggu Depan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka stabil pada sekitar paras 1,600 minggu depan apabila para pelabur mengambil pendekatan berhati-hati menjelang pengumuman data utama luaran.

Pasaran Getah Malaysia Bakal Alami Dagangan Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Pasaran getah tempatan dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan memandangkan para peniaga masih menilai situasi pasaran global.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Didagangkan Tinggi Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) --  Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan disebabkan prestasi eksport yang kukuh baru-baru ini, kata seorang peniaga.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat susulan kelemahan berterusan dalam pasaran minyak kacang soya.

Keuntungan Bersih Gamuda Melonjak Kepada RM1 Bilion, Catat Tempahan Dalam Tangan RM38 Bilion

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Keuntungan bersih dari tahun ke tarikh semasa, Gamuda Bhd telah melonjak sebanyak 10 peratus memcecah paras RM1 bilion untuk tahun kewangan berakhir 1 Julai 2025.

Ringgit Susut Susulan Pengukuhan Dolar AS, Meningkat Berbanding Mata Wang Utama Lain

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Ringgit mengakhiri dagangan minggu ini dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang mengukuh semula selepas Rizab Persekutuan AS (Fed) bertindak menurunkan kadar faedah utama, kata ahli ekonomi.

Bursa Malaysia Ditutup Hampir Tidak Berubah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup hampir tidak berubah pada Jumaat disebabkan minggu dagangan yang singkat minggu ini, di bawah paras psikologi 1,600 mata susulan ketiadaan petunjuk kukuh.

Aktiviti Pengambilan Untung Heret Bursa Malaysia Ditutup Rendah Pada Sesi Pagi

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dengan ditutup rendah sedikit, seiring prestasi serantau, berikutan aktiviti pengambilan untung sederhana dalam kaunter wajaran tinggi terpilih.

TIV Sektor Automotif Naik 4.2 Peratus Pada Ogos 2025

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV) sektor automotif Malaysia mencatatkan peningkatan sebanyak 4.2 peratus kepada 73,041 unit pada Ogos daripada 70,101 unit pada Julai, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA). 

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sebelum Menyusut

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit sebelum menyusut walaupun Wall Street mencatat prestasi positif semalaman berikutan pelabur menilai perubahan dasar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat ke arah pelonggaran untuk merangsang pertumbuhan ekonomi berbanding membendung inflasi.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, menjejaki penurunan harga minyak kacang soya.