5hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari apabila sentimen pelabur lemah dalam persekitaran ketiadaan perjanjian yang konkrit dan pencapaian dasar antara China dan Amerika Syarikat (AS) berikutan lawatan Presiden AS Donald Trump ke China.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatatkan dagangan dengan kecenderungan kenaikan sederhana minggu depan, memandangkan pelabur terus menilai pelbagai perkembangan geopolitik luaran yang kompleks.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Malaysia berpotensi muncul sebagai hab rantaian bekalan pilihan bagi firma-firma global sekiranya ketegangan dagangan Amerika Syarikat (AS)-China tidak reda selepas berakhirnya rundingan membabitkan pemimpin kedua-dua negara itu hari ini.
8hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat tetapi rendah kemudiannya walaupun prestasi semalaman Wall Street positif berikutan pelabur mengambil keuntungan dan berhati-hati menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2026 Malaysia hari ini.
9hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatat penyusutan kecil pada akhir dagangan Khamis, diheret turun oleh prestasi saham-saham perbankan susulan tindakan pelabur mengambil untung masing-masing berikutan peningkatan sebelum ini.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Khamis dengan lebih tinggi, didorong minat belian bagi saham bermodal kecil ketika beberapa kaunter wajaran tinggi diasak aktiviti pengambilan untung.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada hari dagangan ketujuh berturut-turut menjelang pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping pada 14 hingga 15 Mei 2026.
10hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Rabu dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain, dipacu oleh peningkatan sentimen terhadap mata wang Asia menjelang pertemuan penting Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping minggu ini.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu, apabila sentimen pelabur kekal berhati-hati susulan aktiviti dagangan yang suram, dengan peserta pasaran terus menilai persekitaran makroekonomi dan geopolitik secara keseluruhan.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal berada dalam kedudukan positif pada tengah hari, mencerminkan prestasi memberangsangkan kebanyakan negara serantau dan disokong oleh sentimen positif susulan keuntungan besar di Wall Street semalam.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama, termasuk dolar AS, menjelang pengumuman data ekonomi utama Amerika Syarikat (AS) malam nanti, dijangka dapat mengukuhkan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS akan mengekalkan kadar faeda, kata seorang penganalisis.
12hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga hari ini dengan mengukuh berbanding mata wang serantau dan kebanyakan unit utama dunia kecuali euro dan dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur terus memantau perkembangan rundingan AS-Iran serta menjelang pertemuan pemimpin Washington dan Beijing.