Terdapat 11550 berita berdasarkan kata kunci carian "kuala lumpur"

KPJ Healthcare Catat Untung Bersih RM69.6 Juta Bagi Suku Pertama

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih KPJ Healthcare Bhd meningkat kepada RM69.6 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2026 daripada RM57.1 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun kewangan 2025.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Ketidaktentuan Dasar Eksport Indonesia

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis berikutan ketidaktentuan berhubung dasar eksport Indonesia yang mencetuskan jualan panik, kata seorang penganalisis.

 

Pasaran Getah Ditutup Rendah Didorong Penurunan Serantau

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Khamis, didorong oleh penurunan pasaran niaga hadapan getah serantau dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS dalam perkembangan bercampur-campur mengenai konflik Asia Barat, kata peniaga.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Dipacu Sentimen Berhati-hati

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah intra hari pada Khamis berikutan sentimen pelabur kekal berhati-hati susulan aliran keluar dana asing yang berterusan, meskipun penurunan baru-baru ini membuka peluang belian murah bagi saham-saham mewah.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Permintaan Aset Selamat

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini dipacu oleh permintaan terhadap aset selamat meskipun pasaran Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) mencatatkan prestasi yang lebih lemah.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Serantau

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, disokong oleh asas domestik Malaysia yang memberangsangkan.

Ekonomi Asia Pasifik Naik 3.3 Peratus Pada 2025, Momentum Dijangka Perlahan Pada 2026

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama)  -- Pertumbuhan ekonomi rantau Asia Pasifik meningkat 3.3 peratus pada 2025, mengatasi unjuran awal sebanyak 3.2 peratus, menurut Unit Sokongan Dasar (PSU) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

DRB-Hicom Catat Untung Bersih Suku Pertama Lebih Dua Kali Ganda Kepada RM45 Juta

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- DRB-HICOM Bhd mencatatkan peningkatan untung bersih lebih dua kali ganda kepada RM45 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2026 daripada RM17.72 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Untung Bersih TH Plantations Susut Kepada RM11.62 Juta Pada Suku Pertama 2026

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- TH Plantations Bhd mencatat penyusutan 9.49 peratus dalam keuntungan bersihnya kepada RM11.62 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2026, daripada RM12.84 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Keuntungan Bersih Telekom Malaysia Susut Kepada RM321.51 Juta

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Telekom Malaysia Bhd (TM) untuk suku pertama berakhir pada 31 Mac, 2026 susut kepada RM321.51 juta daripada RM401.25 juta setahun yang lepas.

Labuan IBFC Inc, ASAS Bekerjasama Anjur Perkongsian Ilmu Berkaitan Kewangan Islam

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Labuan IBFC Incorporated Sdn Bhd (Labuan IBFC Inc) bekerjasama dengan Persatuan Penasihat Syariah Kewangan Islam Malaysia (ASAS) menganjurkan sesi perkongsian ilmu yang mengetengahkan peluang dalam kewangan Islam.

Pacu Agenda Peralihan Tenaga, TNB Jana Nilai Jangka Panjang Kepada Negara

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah mengulangi komitmennya untuk memacu peralihan tenaga yang adil dan bertanggungjawab, pada masa sama terus memberikan nilai jangka panjang kepada para pemegang saham, negara, dan rakyat.