23jam ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
ASHGABAT (TURKMENISTAN), 18 Jun (Bernama) -- Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Turkmenistan amat signifikan kerana bukan sahaja untuk meningkatkan peluang kerjasama sektor minyak dan gas malah juga dalam pelbagai industri dan sektor lain seperti pengangkutan, logistik dan pertanian antara kedua-dua negara.
1hari ago
Daripada Nurul Hanis Izmir
KAZAN, 18 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan penghargaan kepada Presiden Rusia Vladimir Putin atas sokongan Rusia dalam memperkukuh kerjasama tenaga dengan Malaysia, khususnya Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
2hari ago
GEORGE TOWN, 16 Jun (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia berkembang kepada RM3.1 trilion pada 2025, merangkumi RM1.6 trilion dalam eksport dan RM1.5 trilion import, dengan Pulau Pinang terus menerajui prestasi eksport negara, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
6hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Pertumbuhan perdagangan edaran Malaysia diunjur pada 6.1 peratus dalam 2026 berbanding 5.6 peratus pada 2025 susulan prestasi lebih kukuh tahun ini yang mengatasi jangkaan awal.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) mencatatkan pertumbuhan 8.2 peratus tahun ke tahun pada April 2026 dengan pertumbuhan tertinggi sejak September 2022 disokong oleh pengembangan dalam semua sektor, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
6hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Sektor pembuatan Malaysia meningkat 9.1 peratus tahun ke tahun kepada RM175.0 bilion pada April 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
6hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Harga minyak Brent ditutup pada US$90.40 setong dan terus diniagakan di bawah paras US$90 setong (US$1=RM4.05) pada pembukaan dagangan Jumaat susulan peningkatan optimisme terhadap potensi perjanjian antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Kesiapsiagaan di peringkat akar umbi dalam menghadapi fenomena El Nino perlu diperkukuh kerana langkah pencegahan dan persediaan awal adalah benteng terbaik dalam mengharungi kesan cuaca ekstrem yang semakin tidak menentu.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Malaysia dijangka memeterai perjanjian kerjasama hidrokarbon jangka panjang dengan Turkmenistan pada 19 Jun ini dalam usaha memperkukuh rantaian bekalan tenaga negara, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengurangkan kerugian pada sesi tengah hari susulan aktiviti belian ketika harga rendah dalam kalangan saham berwajaran tinggi terpilih, didahului oleh Petronas Chemicals, Tenaga Nasional dan Kuala Lumpur Kepong.
8hari ago
Daripada Mohd Iswandi Kasan Anuar
TOKYO, 10 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Jepun hari ini bersetuju untuk memperkukuh kerjasama keselamatan tenaga dan tenaga nuklear awam ketika kedua-dua negara berusaha meningkatkan daya tahan menghadapi gangguan bekalan global dan ketidaktentuan geopolitik yang semakin memuncak.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Malaysia mengekalkan kuota pengeluaran petroleum di bawah Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) bagi 2026 seperti yang dipersetujui sebelum ini, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.