Terdapat 270 berita berdasarkan kata kunci carian " can"

UTS, Entera Diiktiraf Pusat Latihan Dan Peperiksaan Reka Bentuk Sistem Solar PV

SIBU, 30 Jun (Bernama) -- Universiti Teknologi Sarawak (UTS) dan Entera Technology Academy (ETA) hari ini diiktiraf sebagai Pusat Latihan dan Peperiksaan bagi Reka Bentuk Sistem Solar Fotovoltaik (PV), satu langkah penting ke arah memperkukuh ekosistem latihan tenaga boleh baharu (TBB) di Sarawak.

MIDA, DHL Teruskan Kerjasama Perkukuh Ekosistem Logistik Malaysia Sebagai Hab Utama

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan DHL telah memeterai memorandum persefahaman (MOU) semalam bagi meneruskan kerjasama sedia ada.

AkzoNobel Buka Pusat R&D Baharu Di Nilai

SEREMBAN, 19 Jun (Bernama) -- AkzoNobel melancarkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) terbaharunya di Nilai, sekali gus mengukuhkan komitmen jangka panjang syarikat itu terhadap inovasi, kelestarian dan pertumbuhan di rantau Asia Tenggara.

Wide Agro Ventures, Orec Labur RM30 Juta Untuk Hab Pengeluaran Di Perak

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Wide Agro Ventures Sdn Bhd bekerjasama dengan Orec Co Ltd, sebuah syarikat beribu pejabat di Fukuoka, Jepun, untuk menubuhkan kemudahan pengeluaran dan pusat pengedaran tercanggih di Taman Perindustrian Seri Iskandar, Perak dengan pelaburan awal RM30 juta.

New Energy Asia Bakal Pacu Infrastruktur Pengecasan EV Di Malaysia - TPM Fadillah

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- New Energy Asia Sdn Bhd, usaha sama (JV) yang baru ditubuhkan antara HICOM Engineering Sdn Bhd (HESB) dan Hangzhou Flash Charging New Energy Co Ltd. (HFC) China boleh mempercepat pembangunan infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) di negara ini.

Semakan SST, Perkukuh Kedudukan Fiskal, Lindungi Kumpulan Rentan -- Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Semakan dan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) menunjukkan komitmen kerajaan terhadap cukai yang progresif dan saksama untuk mengukuhkan kedudukan fiskal sambil melindungi golongan yang paling memerlukannya.

Petronas Kekal Beroperasi Di Kanada, Kata CEO Kumpulan

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sekali lagi menegaskan bahawa syarikat itu tidak akan keluar dari Kanada.

Amir Hamzah Lawat Depot Kastam Darat Bukit Kayu Hitam & Zon Perdagangan Bebas

ALOR SETAR, 4 Jun (Bernama) -- Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengadakan lawatan kerja ke Depot Kastam Darat (ICD) Bukit Kayu Hitam (BKH) dan Zon Perdagangan Bebas baru-baru ini.

Petronas Kekal Beroperasi Di Kanada

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini menafikan laporan berita yang mendakwa ia meninggalkan Kanada.

Petronas Pertingkat Projek LNG, Jamin Bekalan Jangka Panjang Untuk China

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

BEIJING, 2 Jun (Bernama) --Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang mempercepatkan usaha untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai rakan kongsi gas asli cecair (LNG) jangka panjang yang boleh dipercayai kepada China dengan mengembangkan pembangunan gas domestik dan portfolio pengeluaran globalnya bertujuan untuk memastikan bekalan tenaga yang konsisten dan mampan untuk salah satu pengimport LNG terbesar di dunia.

Pelaburan Teknologi Baharu Pacu Transformasi KPMC Ke Arah Hospital Digital

Oleh Mohd Noor Azeery Idris

KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan kesihatan swasta tempatan Kajang Plaza Medical Centre (KPMC) sedang aktif melabur dalam teknologi perubatan terkini sebagai sebahagian daripada strategi transformasi digital untuk menjadi hospital yang lebih mesra pesakit.

TPM Fadillah Akan Rasmi Pavilion Malaysia Di Expo 2025 Osaka

Daripada Karina Imran

OSAKA, 30 Mei (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dijadual melakukan pembukaan rasmi Pavilion Malaysia di Expo 2025 Osaka, Jepun, esok.