5bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Pasaran hartanah Malaysia mencatat pertumbuhan lebih kukuh dalam separuh kedua 2025, disokong oleh pelaburan membabitkan pusat data memberangsangkan, pembangunan infrastruktur dan permintaan domestik yang berdaya tahan, kata Knight Frank Malaysia.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) menganggarkan nilai kontrak pusat data berjumlah RM10 bilion akan diterima tidak lama lagi walaupun Amerika Syarikat (AS) berkemungkinan mengehadkan penghantaran cip kecerdasan buatan (AI) ke Malaysia.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Sidang Kemuncak Xceleration Digital Malaysia (MDX) 2025 akan menumpukan pada teknologi generasi akan datang (NEXTGEN), membincangkan lima perkara utama dalam sesi panel sepanjang acara yang berlangsung selama tiga hari itu.
6bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed & Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Pembelian saham perbankan ketika saat-saat akhir dagangan mendorong Bursa Malaysia ditutup di paras tertinggi harian pada Khamis, dengan indeks utama meningkat 0.48 peratus, sejajar dengan sentimen serantau yang bertambah baik.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi Khamis dengan prestasi sederhana apabila pelabur mencerna pengumuman terkini berkaitan tarif Amerika Syarikat (AS), terutamanya berhubung Malaysia, serta penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR), meskipun prestasi pasaran serantau lebih kukuh.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, disokong oleh sentimen yang meningkat berikutan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus pada Rabu.
6bulan ago
SHAH ALAM, 9 Julai (Bernama) -- Syarikat logistik DHL yakin untuk memperkukuh pertumbuhannya di Malaysia meskipun Amerika Syarikat (AS) mengumumkan tarif timbal balik sebanyak 25 peratus ke atas negara ini.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Penyedia keselamatan siber, ABP Group Pte Ltd telah mengukuhkan kehadirannya di Malaysia melalui pelancaran pejabat baharu di KL Eco City bertujuan membolehkan firma itu membina kapasiti penghantaran yang lebih besar, memperdalamkan penglibatan pelanggan dan bertindak dengan lebih pantas kepada ancaman yang muncul di seluruh Asia Tenggara.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Pelaburan digital di bawah inisiatif strategik negara, Digital Malaysia, melonjak 125 peratus kepada RM29.49 bilion pada suku kedua 2025 daripada RM13.11 bilion pada suku pertama 2025 dipacu oleh sentimen pasaran yang positif.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd menjangkakan sektor pusat data Malaysia terus rancak meskipun berdepan kemungkinan sekatan eksport cip kecerdasan buatan (AI) dari Amerika Syarikat (AS).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Subsidiari milik penuh Econpile Holdings Bhd, Econpile (M) Sdn Bhd berjaya meraih dua kontrak dengan nilai gabungan sebanyak RM57.95 juta membabtkan cadangan pembangunan di Ara Damansara, Selangor.
6bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur pada Khamis, apabila kenaikan kukuh berterusan yang dialami indeks penanda aras baru-baru ini telah dikekang berikutan aktiviti jualan saham wajaran tinggi terpilih yang berlanjutan -- diterajui Tenaga Nasional -- telah mengehadkan kenaikan, kata penganalisis.