Terdapat 6337 berita berdasarkan kata kunci carian " ekonomi"

NCER Pacu Pelaburan Bernilai Tinggi Melalui Pembangunan Sempadan Malaysia-Thailand

KANGAR, 28 Mei (Bernama) -- Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) sedang mempergiat pembangunan strategik kawasan sempadan Malaysia-Thailand bagi menarik pelaburan bernilai tinggi sekali gus memperkukuh kedudukan wilayah utara sebagai hab baharu rantaian bekalan global berteraskan strategi China Plus One.

Ringgit Dibuka Kebanyakannya Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama hari ini, namun susut sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan pelabur kekal berhati-hati terhadap rundingan berterusan antara AS dan Iran.

Bakat Kulinari Malaysia Berpotensi Jadi Aset Tarikan Global Seterusnya

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Ramai yang tidak menyedari bahawa warisan makanan Malaysia yang terdiri daripada pelbagai budaya mempunyai nilai strategik yang besar.

JS-SEZ: Komuniti Luar Bandar Johor Bakal Lahir Tenaga Kerja Celik AI, Digital

JOHOR BAHRU, 26 Mei (Bernama) -- Pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bakal menyaksikan transformasi drastik landskap luar bandar di negeri ini menerusi penerapan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan ekonomi digital berskala makro bermula dari peringkat akar umbi.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Ketegangan Memuncak Di Asia Barat

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) disebabkan oleh perkembangan luaran susulan laporan mengenai serangan AS dan Israel ke atas kapal Iran di Selat Hormuz yang menjejaskan sentimen pasaran serantau.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Menjelang Cuti Aidiladha

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 26 Mei  (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa apabila pelabur melakukan penjualan bagi merealisasikan keuntungan daripada pegangan ekoran ketegangan Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang memuncak.

Peniaga Jangka Prospek Perniagaan Lebih Sederhana Pada Suku Kedua 2026 - DOSM

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Peniaga menjangka prospek perniagaan yang lebih sederhana pada suku kedua 2026 dengan petunjuk keyakinan yang mereda kepada -1.8 peratus daripada 4.0 peratus pada suku tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Lancar e-PDCFZ Bagi Pertingkat Tadbir Urus Pelabuhan

GEORGE TOWN, 26 Mei (Bernama) -- Pelancaran platform baharu E-Penang Dangerous Cargo and Free Zone (e-PDCFZ) oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) menandakan satu pencapaian penting dalam usaha suruhanjaya itu ke arah tadbir urus pelabuhan yang lebih pintar dan telus.

Perdagangan Malaysia Dengan Rakan Dagang Utama Catat Paras Tertinggi RM1.127 Trilion Bagi Jan-April - Sim

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia dengan rakan dagang utamanya mencapai rekod tertinggi sebanyak RM1.127 trilion dari Januari hingga April 2026, melepasi paras RM1 trilion dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Pengusaha Nanas MD2, Pisang Di Mersing Sasar Kembang Perusahaan Jadi Hab Agropelancongan

Oleh Nur Faradilla Mohamad

MERSING, 26 Mei (Bernama) -- Pengusaha tanaman pisang dan nanas MD2 seluas 8.09 hektar di Jalan Pak Wan di sini berhasrat mengembangkan perusahaan yang dijalankan sejak 2021 sebagai hab agropelancongan. 

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Ketika Rundingan AS-Iran Berlangsung

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Selasa, dalam rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang berpotensi menamatkan konflik dan membawa kepada pembukaan semula Selat Hormuz.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Didorong Harapan Terhadap Perjanjian AS-Iran

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, didorong oleh harapan terhadap penyelesaian konflik antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran walaupun keadaan masih amat tidak menentu.