1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka sedikit rendah pada Selasa berikutan pengambilan untung selepas kenaikan yang dialami bursa tempatan baru-baru ini.
1tahun ago
PUTRAJAYA, 28 April (Bernama) -- Maldives mahu memanfaatkan potensi pelaburan Malaysia khususnya dalam sektor pertumbuhan utama, kata Presiden Maldives Dr Mohamed Muizzu, yang tiba di Malaysia hari ini untuk lawatan rasmi empat hari.
1tahun ago
ISTANBUL, 23 April (Bernama) -- Malaysia dan Turkiye mahu mempertingkatkan pertukaran Surat Hasrat berkaitan kerjasama sektor tenaga, khususnya tenaga boleh baharu dan nuklear bagi tujuan bekalan tenaga, kepada Memorandum Persefahaman, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Ringgit meneruskan peningkatannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam urus niaga awal hari ini ketika unit tempatan itu dijangkakan cuba melepasi paras sokongan segera pada 4.36.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, terjejas oleh aktiviti pengambilan untung yang berterusan di tengah-tengah kebimbangan terhadap tarif perdagangan global.
1tahun ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula dengan ketara untuk ditutup tinggi pada Khamis sementara indeks penanda aras melonjak 4.47 peratus, dalam keadaan sentimen pasaran yang bertambah baik di seluruh rantau susulan pengumuman penangguhan sementara tarif Amerika Syarikat (AS).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Pengumuman tarif oleh Washington baru-baru ini akan mengubah dinamik perdagangan dan persekitaran operasi yang boleh mempengaruhi naratif pertumbuhan ekonomi, sekali gus memberikan cabaran dan juga peluang kepada ASEAN.
1tahun ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Ringgit yang berdepan tekanan susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS) mengumumkan tarif timbal balas ke atas beberapa negara, termasuk Malaysia pada awal Khamis, sebaliknya ditutup secara relatifnya lebih stabil, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Ringgit mengukuh sebanyak 0.8 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd.
1tahun ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini di tengah-tengah kebimbangan para peniaga dan pelabur terhadap pengumuman tarif timbal balik oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) lewat hari ini, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini disebabkan penjualan lewat mempengaruhi pasaran manaka pelabur kekal berhati-hati menjelang pengumuman tarif oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
1tahun ago
PUTRAJAYA, 23 Mac (Bernama) -- Keupayaan pengguna untuk membayar semula hutang daripada kemudahan 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian’ (BNPL) semakin menjadi perhatian terutama dengan pertumbuhan ketara dalam transaksi BNPL di Malaysia telah menimbulkan kebimbangan terhadap risiko keberhutangan yang tinggi dan kepentingan literasi kewangan.