Terdapat 111 berita berdasarkan kata kunci carian " mata wang "

Perkongsian Strategik Komprehensif Pacu Pertumbuhan Perdagangan Malaysia-India

Oleh V. Sankara

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- India yakin bahawa Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) yang baharu dipertingkatkan dengan Malaysia akan mendorong perdagangan dua hala ke tahap yang lebih tinggi dengan sasaran US$25 bilion menjelang 2026, kata Menteri Hal Ehwal Luar India, Kirti Vardhan Singh.

Ringgit Diunjur Terus Mengukuh, Diniagakan Sekitar 4.28-4.29 Berbanding Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Momentum pengukuhan nilai ringgit dijangka berterusan pada minggu depan, diniagakan pada 4.28-4.29 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (Fed) pada 17-18 September ini.

Ringgit Lepasi Paras 4.30, Cecah Paras Tertinggi Dalam Tempoh 20 Bulan Berbanding Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) --  Ringgit melepasi paras 4.30 hari ini, mencecah paras tertingginya dalam tempoh 20 bulan berbanding dolar AS apabila para peniaga menjangkakan Rizab Persekutuan (Fed) menurunkan kadar antara 25 dan 50 mata asas, kata seorang pakar ekonomi.