1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Hasil sektor perkhidmatan di Malaysia mencatatkan pertumbuhan 5.9 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga 2024, mencecah RM618.5 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPRP) Malaysia meningkat perlahan sebanyak 0.3 peratus kepada 115.8 pada suku ketiga 2024 berbanding 0.7 peratus pada suku tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Harga eksport Malaysia pada September 2024 susut 0.6 peratus kepada 149.3 mata daripada 150.3 mata pada bulan sebelumnya manakala harga import jatuh 1.9 peratus kepada 127.1 mata, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Indeks Pelopor (IP) terus memperlihatkan momentum pertumbuhan yang kukuh pada Ogos 2024, dengan mencatatkan pertumbuhan 4.0 peratus, mencapai 114.3 mata berbanding 109.9 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan anggaran awal menunjukkan ekonomi Malaysia berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2024, lanjutan daripada peningkatan kukuh 5.9 peratus pada suku tahun sebelumnya.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Nilai jualan sektor Pembuatan berjumlah RM163.9 bilion pada Ogos 2024, menunjukkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 7.7 peratus berbanding penurunan 3.3 peratus pada bulan yang sama tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia meningkat 4.1 peratus pada Ogos 2024, didorong oleh pertumbuhan sederhana dalam sektor pembuatan, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatatkan pertumbuhan 4.7 peratus tahun ke tahun dengan nilai jualan pada Ogos 2024 berjumlah RM149.2 bilion, kata Jabatan Perangkaan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Indeks harga seunit besi menurun sebanyak 0.6 peratus kepada 5.7 peratus membabitkan hampir semua kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada September 2024 berbanding bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Pengeluaran getah asli (NR) Malaysia turun sebanyak 5.2 peratus kepada 35,979 tan metrik pada Ogos 2024 berbanding 37,960 tan dicatatkan semasa Jun 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1tahun ago
Oleh Wong Chun Wai
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ternyata memberi impak yang besar terhadap keyakinan negara, sekali gus menyuntik rasa bangga dalam kalangan rakyat.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, mereda kepada 0.3 peratus pada Ogos 2024 berbanding 1.3 peratus pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.