Terdapat 2013 berita berdasarkan kata kunci carian " nasional"

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari Berikutan Lonjakan Harga Minyak Jejas Pasaran

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini berikutan prestasi suram bursa serantau dalam keadaan sentimen yang terjejas akibat lonjakan harga minyak mentah, dengan harga minyak mentah Brent melebihi US$100 setong pada tengah hari.

Kerajaan Kekal Unjuran Pertumbuhan Ekonomi 2026 Pada 4.0-4.5 Peratus

PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) -- Kerajaan setakat ini masih mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2026 pada kadar 4.0 hingga 4.5 peratus, meskipun berdepan cabaran geopolitik global dan ketidaktentuan ekonomi luar.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Risiko Geopolitik Berterusan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih rendah pada Khamis, dipengaruhi oleh prestasi Wall Street yang lemah dalam persekitaran ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang berterusan, manakala harga minyak mentah kekal tinggi.

Kenaikan Harga Minyak Mentah Akan Hasilkan Kesan Bercampur-campur - Petronas

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berkata harga minyak mentah yang meningkat disebabkan konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran dijangka menghasilkan beberapa kesan yang bercampur-campur untuk syarikat itu.

Malaysia Memiliki Ketahanan Struktur Terhadap Kejutan Luaran Tetapi Tidak Dapat Melindungi Diri Sepenuhnya - Petronas

Oleh Nor Baizura Basri

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Malaysia mempunyai tahap daya tahan struktur terhadap kejutan luaran yang timbul akibat konflik berterusan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, kata Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kenaikan Harga Minyak Mentah Akan Hasilkan Kesan Bercampur-campur - Petronas

Oleh Nor Baizura Basri

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berkata harga minyak mentah yang meningkat disebabkan konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran dijangka menghasilkan beberapa kesan yang bercampur-campur untuk syarikat itu.

GLIC Pegang 45 Peratus Saham IJM Corporation Setakat 30 Januari - MOF

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) secara umumnya memegang kira-kira 45 peratus saham dalam IJM Corporation Bhd setakat 30 Jan, 2026, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Potensi Pelepasan Minyak Simpanan Pacu Momentum Bursa Malaysia Naik 7.10 Mata

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatannya pada akhir dagangan Rabu, didorong pemulihan sentimen pasaran susulan laporan pelepasan stok simpanan minyak bagi meredakan lonjakan harga tenaga global, kata penganalisis.

Harga Tenaga Tinggi Tingkatkan Pendapatan Huluan Petronas - Moody's Ratings

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Agensi penarafan kredit Moody’s Ratings menjangkakan harga tenaga yang tinggi meningkatkan pendapatan huluan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Seiring Peningkatan Kebanyakan Pasaran Serantau

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, menjejaki prestasi positif kebanyakan pasaran serantau.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Pergerakan Tidak Menentu Wall Street

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada Rabu, menjejaki prestasi lemah di Wall Street apabila ketiga-tiga indeks utama Amerika Syarikat (AS) ditutup jauh di bawah paras tertinggi harian selepas sesi yang tidak menentu.

Kerajaan Laksana Analisis Kos-faedah Perjanjian Perdagangan Timbal Balas - MITI

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Penilaian menyeluruh termasuk analisis kos-faedah untuk Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) sedang dilaksanakan bagi memastikan setiap keputusan dibuat berasaskan kepentingan nasional dan mematuhi komitmen, obligasi serta ruang dasar Malaysia.