7bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin, mencerminkan prestasi suram di seluruh Asia berikutan data ekonomi China yang lemah dan penurunan penarafan kredit berdaulat Amerika Syarikat baru-baru ini yang menjejaskan sentimen pasaran serantau.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah dalam sesi dagangan awal hari ini berikutan kekurangan pemangkin baharu untuk memacu pasaran domestik.
7bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi hari ini berbanding dolar AS, disokong oleh penurunan penarafan kredit Amerika Syarikat (AS) oleh Moody’s baru-baru ini berikutan kebimbangan mengenai hutang yang meningkat.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Stok simpanan minyak sawit Malaysia dijangka meningkat sebanyak 15 peratus bulan ke bulan pada Mei 2025 kepada 2.15 juta tan, dipacu oleh pengeluaran yang lebih tinggi, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Sebarang perubahan tarif terbaharu antara Amerika Syarikat (AS) dan China akan memberi kesan kepada pengeluar sarung tangan Malaysia dan menangguhkan keputusan pembelian berikutan ketidaktentuan yang berterusan, kata Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).
7bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Persetujuan Amerika Syarikat (AS)-China untuk mengurangkan sementara tarif memberi kesan positif kepada pasaran ekuiti tempatan berikutan langkah ini mengurangkan risiko kemelesetan di Amerika Syarikat (AS) dan global serta mendorong aliran masuk dana asing bersih yang lebih tinggi, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Sektor pembinaan Malaysia terus menunjukkan perkembangan yang positif selepas disokong pelbagai aliran berita mengenai aktiviti tender-tender pusat data, dengan peningkatan prospeknya terhadap potensi perubahan dalam peraturan penyebaran kecerdasan buatan (AI) Amerika Syarikat (AS).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Bank Rakyat berjaya menerbitkan RM1 bilion Nota Kewangan Islam Jangka Sederhana (IMTN) Sukuk Wakalah melalui syarikat tujuan khas (SPV) Imtiaz Sukuk II Bhd.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Kumpulan Affin telah menerima penarafan kredit antarabangsa pertamanya A3 dengan tinjauan yang stabil daripada Moody’s Ratings (Moody’s).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Malakoff Corporation Bhd (Malakoff), Malakoff Power Bhd (MPower) telah berjaya menerbitkan Sukuk Murabahah Pelaburan dan Bertanggungjawab (SRI) Kemampanan ASEAN pertamanya sebanyak RM250 juta di bawah Program Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) yang bernilai RM1.2 bilion.
7bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, berikutan tindak balas kerajaan terhadap kesan tarif timbal balik daripada AS, kata seorang penganalisis.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan S&P Global ASEAN merosot untuk bulan kedua berturut-turut pada April 2025, mencatatkan bacaan di bawah paras neutral sebanyak 50.0 buat kali pertama sejak Disember 2023.