20hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan sentimen berhati-hati pasaran terhadap kenaikan harga bahan api, ketegangan geopolitik yang tidak berkesudahan dan ketidakpastian perdagangan global.
20hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini, mengatasi prestasi pasaran serantau yang rata-ratanya lebih lemah, apabila sentimen tempatan disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah dalam saham mewah susulan penurunan indeks petunjuk pasaran itu, baru-baru ini.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Malaysia meraih kedudukan tertinggi dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global, memperkukuh peranannya sebagai peneraju dalam ekonomi halal dunia, menurut Laporan State of the Global Islamic Economy (SGIE) 2025/2026.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Peralihan demografi Malaysia ke arah masyarakat yang semakin tua semakin pantas daripada yang dijangkakan sebelum ini.
20hari ago
JAKARTA, 4 Jun (Bernama) -- Perdagangan dan pelaburan antara negara anggota ASEAN perlu dipertingkatkan bagi mengukuhkan daya tahan ekonomi serantau dalam menghadapi ketidaktentuan global, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hassan.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Hari kedua Persidangan Peralihan Tenaga 2026 (ETCon26) Tenaga Nasional Bhd (TNB), menjadi detik penting apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan persidangan tersebut sekali gus memperkukuh komitmen Malaysia untuk membangunkan ekosistem tenaga yang lestari, berdaya tahan dan bersedia menghadapi keperluan masa depan.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Usaha Malaysia untuk terus kekal berdaya saing dari segi ekonomi di samping memenuhi komitmen kemampanannya secara bertanggungjawab dan realistik akan mewujudkan peluang besar dalam menjalin kerjasama dengan Jepun, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Gas Malaysia Bhd mengguna pakai sistem LOOP yang pertama di Asia Pasifik, menggunakan teknologi yang dibangunkan oleh Levidian Nanosystems Ltd untuk menghasilkan grafen dan memerangkap karbon daripada metana.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Peralihan tenaga dan kecerdasan buatan (AI) kini menjadi tumpuan utama di ENERtec Asia 2026 apabila penggiat industri meneroka teknologi serta penyelesaian baharu bagi menyokong landskap tenaga yang kian berkembang.
21hari ago
Daripada Siti Noor Afera Abu
TAIPEI, 3 Jun (Bernama) -- Synology Inc hari ini mengumumkan ActiveProtect Manager 2.0 dan pelan tindakan bagi DiskStation Manager (DSM) generasi seterusnya.
21hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Pemain industri tenaga Malaysia perlu fokus kepada membangunkan lebih banyak projek yang berdaya maju dengan pulangan menarik dan mampan bagi memperkukuh landskap pembiayaan peralihan tenaga negara dan menarik penyertaan pelabur yang lebih tinggi.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia susut daripada kenaikan sebelumnya untuk ditutup rendah pada Rabu terjejas oleh penurunan dalam sektor telekomunikasi dan perbankan, meskipun prestasi positif di kebanyakan pasaran di Asia.