2bulan ago
LABUAN, 3 Okt (Bernama) -- Bioetanol muncul sebagai bahan api alternatif yang menggalakkan dalam sektor minyak dan gas (O&G) Malaysia, menekankan komitmen negara terhadap kelestarian alam sekitar, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.
2bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Pasaran getah tempatan dijangka menyaksikan dagangan dalam julat kecil pada minggu depan, di tengah-tengah aktiviti menambah stok simpanan mengimbangi harga, permintaan suram serta sentimen yang tidak menentu.
2bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Jumaat setelah mencatat kenaikan untuk hari ketiga berturut-turut, mencapai paras tertinggi baharu dalam tempoh dua tahun.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
2bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menyasarkan lebih 90 peratus pekebun kecil bebas akan mendapat pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) menjelang akhir tahun depan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Kemungkinan tarif Amerika Syarikat (AS) sehingga 60 peratus ke atas eksport China boleh memberi kesan pelbagai kepada ekonomi ASEAN, mewujudkan peluang pertumbuhan jangka masa sederhana untuk enam negara ASEAN (ASEAN-6) termasuk Malaysia, menurut OCBC.
2bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, berikutan penurunan harga minyak mentah dan minyak kacang soya terus menjejaskan sentimen, kata peniaga minyak sawit.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
2bulan ago
KOTA KINABALU, 28 Okt (Bernama) -- Sabah kekal sebagai pengeluar minyak sawit mentah (MSM) terbesar di negara ini dengan pengeluaran sebanyak 4.5 juta tan pada 2023 disebabkan oleh hasil buah yang tinggi dan kadar pengekstrakan minyak yang baik, kata Ketua Menterinya Datuk Seri Hajiji Noor.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi mengalu-alukan kerjasama dengan mana-mana kerajaan negeri untuk mengurangkan kebergantungan import bahan makanan ternakan dalam industri yang dihasilkan khususnya daripada sisa-sisa bahan buangan seperti kelapa sawit.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Indeks barometer Bursa Malaysia meningkat selepas lima hari mencatatkan penurunan berikutan wujud minat baharu dengan pelabur membeli saham wajaran tinggi yang mengalami penurunan harga yang ketara baru-baru ini.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Syarikat-syarikat Malaysia diseru untuk meneroka peluang perniagaan baharu di Ethiopia, dengan mengambil kesempatan daripada peruntukan RM40 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 baru-baru ini, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).