Terdapat 367 berita berdasarkan kata kunci carian "minyak mentah"

Pasaran Getah Malaysia Kekal Naik Susulan Gencatan Perdagangan AS-China

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia mengekalkan aliran menaik pada hari ini, menjejaki keuntungan di pasaran niaga hadapan getah serantau susulan keyakinan yang berterusan terhadap potensi gencatan perdagangan Amerika Syarikat (AS) - China, kata seorang peniaga.

Pengeluaran Getah Asli Malaysia Susut 20.3 Peratus Pada Mac 2025

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia susut 20.3 peratus kepada 28,712 tan pada Mac 2025 berbanding 36,005 tan pada Februari 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Inventori Minyak Sawit Malaysia Dijangka Naik 15 Peratus Pada Mei 2025 -- CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Stok simpanan minyak sawit Malaysia dijangka meningkat sebanyak 15 peratus bulan ke bulan pada Mei 2025 kepada 2.15 juta tan, dipacu oleh pengeluaran yang lebih tinggi, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini, disokong oleh momentum meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, didorong oleh sentimen global yang lebih baik berikutan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang mereda, kata peniaga.

Perkembangan Tarif AS-China Beri Kesan Positif Kepada Pasaran Ekuiti Malaysia - CIMB Securities

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Persetujuan Amerika Syarikat (AS)-China untuk mengurangkan sementara tarif memberi kesan positif kepada pasaran ekuiti tempatan berikutan langkah ini mengurangkan risiko kemelesetan di Amerika Syarikat (AS) dan global serta mendorong aliran masuk dana asing bersih yang lebih tinggi, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Harga Minyak Kacang Soya Kukuh

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 9 Mei  (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini susulan harga minyak kacang soya dan minyak mentah yang lebih kukuh.

Pasaran Getah Malaysia Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat menjelang rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China serta didorong kenaikan harga minyak mentah, kata peniaga.

Pasaran Getah Malaysia Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup sedikit tinggi hari ini, disokong oleh kenaikan dalam harga minyak mentah, kata peniaga.

Pasaran Getah Malaysia Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur pada Rabu, dirangsang oleh aliran peningkatan Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20), yang disokong oleh pemulihan niaga hadapan getah serantau.

Belian Ketara Saham Terpilih Pacu Bursa Malaysia Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini dengan lebih tinggi, didorong oleh aktiviti belian ketara saham wajaran tinggi terpilih, seiring dengan momentum positif di peringkat pasaran serantau.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Pelabur Bimbang Prospek Pasaran Global

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih memandangkan pelabur masih bimbang mengenai prospek pasaran global, kata peniaga.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Berikutan Harga Minyak Lebih Lemah, Ringgit Mengukuh

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini, didorong oleh penurunan harga minyak mentah dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).