Terdapat 436 berita berdasarkan kata kunci carian "penerbangan"

HSBC Malaysia Perkenal Perkhidmatan Premier Dipertingkat Untuk Segmen Mewah

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- HSBC Malaysia melancarkan perkhidmatan HSBC Premier serba baharu yang dikhaskan kepada pelanggan mewah dan bernilai bersih tinggi dengan rangkaian penyelesaian kekayaan, kesihatan, perjalanan dan perbankan antarabangsa yang diperluas.

ATR Sedia Bantu Malaysia Capai Matlamat Penerbangan Hijau

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Pengeluar pesawat turboprop Perancis-Itali, ATR bersedia membantu Malaysia dan pengendali ASEAN lain dalam usaha mencapai matlamat alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) sejajar peranan syarikat itu yang terus menjadi peneraju operasi lestari sektor penerbangan serantau.

Tempahan Boeing Sokong Pertumbuhan Pelan Tindakan Ekonomi RMK13

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Pembelian Malaysia Aviation Group (MAG) ke atas 30 Boeing 737 MAX Aircraft merupakan langkah strategik yang sejajar dengan matlamat Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) untuk transformasi serta peningkatan ekonomi, perindustrian dan perdagangan global.

Malaysia Airlines Catat Prestasi Tepat Masa 85.3 Peratus Bagi Penerbangan Domestik -- MOT

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines mencatat prestasi tepat masa (OTP) sebanyak 85.3 peratus setakat Mei 2025 dan diikuti oleh AirAsia pada 84.5 peratus dan Batik Air 73.5 peratus bagi segmen penerbangan domestik.

Pelan Mitigasi Risiko Penting, Elak Gangguan Aerotren Berulang - Pakar Ekonomi

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Perkhidmatan aerotren di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah disambung semula pada 1 Julai selepas digantung selama 28 bulan, dengan janji untuk meningkatkan kesambungan, memudahkan pergerakan penumpang yang lancar antara terminal serta melenyapkan gangguan.

CAAM, Boeing Bekerjasama Untuk Pertingkat Pengurusan Trafik Di KLIA

PUTRAJAYA, 5 Ogos (Bernama) -- Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan syarikat aeroangkasa global, Boeing telah bekerjasama untuk menjadikan operasi trafik udara lebih cekap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Malaysia Tegas Pertahan Beberapa Dasar Negara Dalam Rundingan Tarif Dengan AS - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) --  Malaysia merupakan antara negara yang tegas mempertahankan beberapa peruntukan yang bertepatan dengan dasar negara dalam rundingan tarif perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perjalanan Udara Kelas Premium Antarabangsa Melonjak 11.8 Peratus Pada 2024 - IATA

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) melaporkan perjalanan udara kelas premium antarabangsa iaitu kelas perniagaan dan kelas pertama melonjak sebanyak 11.8 peratus pada 2024.

Rasionalisasi CAAM-MAVCOM Berkuat Kuasa Hari Ini, Sharil Tarmizi Dilantik Pengerusi CAAM

PUTRAJAYA, 1 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini mengumumkan secara rasmi pelaksanaan penuh rasionalisasi antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), menjadikan CAAM satu-satunya badan kawal selia penerbangan awam negara merangkumi aspek teknikal, keselamatan dan ekonomi. 

Permintaan Penumpang Global Naik 2.6 Peratus Pada Jun - IATA

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) merekodkan peningkatan 2.6 peratus dalam jumlah permintaan penumpang global bagi Jun 2025.

IATA: Permintaan Kargo Udara Jun Melemah Kepada 0.8 Peratus

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Permintaan industri kargo udara, yang diukur dalam kargo tan bagi setiap kilometer (CTK), meningkat 0.8 peratus dari tahun ke tahun menjelang Jun 2025, turun berbanding 2.2 peratus pada Mei, mencerminkan ketidakpastian yang berterusan dalam pasaran kargo di tengah-tengah ketegangan perdagangan.

Pelan Strategik Utama RMK13 Rangsang Industri Pertumbuhan Tinggi Nilai Tinggi - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Kerajaan akan menggiatkan pelaksanaan pelan strategik utama dalam kerangka Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) untuk merangsang pertumbuhan industri pertumbuhan tinggi nilai tinggi dan sektor strategik.