11bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Kementerian Ekonomi menekankan keperluan untuk membangunkan serta menguatkuasakan Rang Undang-Undang Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (RUU CCUS) selain peraturan berkaitan pengimportan dan penyimpanan karbon dioksida secara kekal di kawasan luar pesisir selewat-lewatnya 31 Mac 2025.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- AmBank (M) Bhd telah memberikan kemudahan pembiayaan kepada Worldwide Stainless Sdn Bhd, sekutu Yankong Group untuk pengambilalihan Bahru Stainless Sdn Bhd dari Acerinox S.A, Sepanyol pada harga RM1.06 bilion.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga, Wasco Bhd mencatatkan prestasi kewangan terbaik dalam sejarahnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 dengan kenaikan 41.2 peratus dalam keuntungan bersihnya kepada RM153.04 juta.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan menganjurkan edisi kedua peringkat antarabangsa Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Shanghai, China.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Sime Darby Property Bhd (SDP) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM502.20 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2024 (TK2024), meningkat 23.1 peratus berbanding RM407.91 juta pada tahun sebelumnya.
11bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Esok merupakan anjakan penting bagi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) apabila syarikat itu akan nyahsenarai daripada Bursa Malaysia susulan langkah penyusunan semula oleh konsortium Gateway Development Alliance (GDA).
11bulan ago
KOTA TINGGI, 24 Feb (Bernama) -- Seorang usahawan wanita memanfaatkan sumber tumbuhan seperti daun dan bunga untuk menghasilkan motif pada permukaan fabrik, sekali gus diolah menjadi produk kraf dengan menggunakan teknik cetakan kreatif (eco print).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Perlis sedang giat membangunkan Pelabuhan Dalam Negeri (PIP) dan kemudahan maritim lain untuk menarik pelabur ke negeri itu selain merebut manfaat limpahan ekonomi daripada aliran masuk pelaburan ke dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) di Pulau Pinang.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Kerajaan sedang menyediakan Pelan Tindakan Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan ia dijangka siap pada suku ketiga 2025.
1tahun ago
SINGAPURA, 18 Feb (Bernama) --Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura, Lawrence Wong hari ini membentangkan Penyata Belanjawan 2025 republik itu yang bertujuan untuk memajukan agenda Forward Singapore.
1tahun ago
BUKIT MERTAJAM, 18 Feb (Bernama) -- Usahawan perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) di wilayah utara digalakkan untuk meneroka peluang pembiayaan baharu melalui Malaysia Co-Investment Fund (MYCIF).
1tahun ago
TELUK INTAN, 18 Feb (Bernama) -- Seramai 24,700 pembayar cukai telah menggunakan sistem e-invois yang melibatkan pengeluaran sekitar 173 juta e-invois bermula dari Fasa pertama pada 1 Ogos, 2024, sehingga 13 Februari 2025.