Terdapat 10059 berita berdasarkan kata kunci carian "v"

Khazanah, SC Laksanakan Penetapan Harga Sukuk Token Pertama, Nilai Nominal RM100 Juta

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd dengan kerjasama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), berjaya melaksanakan penetapan harga bagi sukuk ditokenkan pertama di Malaysia dengan nilai nominal RM100 juta.

MDEC Rai Ulang Tahun Ke-30 Dengan Program Lonjak Ekonomi Digital Dipacu AI

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) kini melaksanakan siri program bagi memperkukuh ekonomi digital Malaysia selain melonjakkan peralihan kepada sebuah negara dipacu kecerdasan buatan (AI).

Niaga Hadapan Emas Susut Seiring Kelemahan Pasaran COMEX AS

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, sejajar dengan prestasi lemah pasaran Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).

Kerajaan Perkukuh Daya Tahan Ekonomi, Jamin Bekalan Tenaga Dan Kos Tidak Meningkat - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Kerajaan bukan sekadar menumpukan kepada penstabilan harga, malah memastikan bekalan tenaga dan keperluan asas kekal terjamin, kos sara hidup rakyat tidak meningkat secara mendadak serta daya tahan ekonomi negara terus diperkukuh untuk jangka panjang, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

ASNB Lancar Kempen Pandu Impianmu 2.0, Tawar Hadiah Bernilai RM875,000

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat Permodalan Nasional Bhd (PNB) melancarkan Kempen Pandu Impianmu 2.0 yang menawarkan pelbagai hadiah bernilai RM875,000.

Keperluan Tingkat Akses Kredit Lebih Inklusif Khusus Kepada Usahawan Baharu - KUSKOP

PUTRAJAYA, 28 April (Bernama) -- Usaha memperluas akses kredit yang lebih inklusif kepada usahawan baharu dan peminjam kali pertama menjadi tumpuan utama dalam pertemuan antara Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong dan  Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour hari ini.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, sejajar dengan prestasi pasaran tunai yang stabil.

Penarikan Balik Cukai Pegangan Beri Kesan Minimum Kepada KLCCP Stapled Group

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Penarikan balik cukai pegangan sebanyak 10 peratus oleh kerajaan Malaysia memberi kesan minimum terhadap KLCCP Stapled Group disebabkan oleh komposisi pemegang sahamnya.

Kos MHIT Malaysia Meningkat: Dipacu Peningkatan Penggunaan Perkhidmatan Kesihatan – Bank Dunia

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) – Tekanan kos dalam sektor Insurans dan Takaful Perubatan serta Kesihatan (MHIT) di Malaysia didorong terutamanya oleh peningkatan penggunaan perkhidmatan kesihatan serta ketidakselarasan insentif dalam sistem penjagaan kesihatan, dan bukannya kenaikan mendadak kos rawatan semata-mata, menurut laporan Kumpulan Bank Dunia.

Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian Susulan Sentimen Tempatan Lebih Baik

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat 0.71 peratus untuk ditutup pada paras tertinggi harian berikutan sentimen tempatan yang semakin baik serta pembelian terpilih dalam kaunter berkaitan indeks susulan penyusutan harga baru-baru ini.

Pasaran Getah Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini, disokong oleh jangkaan bekalan meningkat selepas tempoh daun pokok getah gugur, kata peniaga.

Labuan IBFC Catat Jumlah Aset US$94 Bilion Pada 2025 - Laporan Pasaran

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) mencatatkan jumlah aset industri sebanyak US$94 bilion (AS$1=RM3.95) pada 2025, meningkat 13 peratus berbanding tahun sebelumnya.