1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kerajaan menyasarkan penanaman semula sawit seluas 77,000 hektar dalam tempoh lima tahun akan datang (2025-2029) menerusi pelaksanaan program penanaman semula terutama dalam kalangan pekebun kecil bagi memastikan sektor sawit sentiasa mampan dan berdaya saing.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Potensi pelaburan yang dijana semasa lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Korea Selatan meliputi sektor kimia, automotif termasuk kenderaan elektrik (EV), logam untuk kegunaan EV, biofarmaseutikal serta teknologi hijau seperti hidrogen dan ammonia hijau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Penamatan perjanjian langganan saham (SSA) antara Digital Nasional Bhd (DNB) dan Telekom Malaysia Bhd (TM) tidak menjejaskan penawaran akses 5G sedia ada oleh syarikat itu, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) sedang meneliti untuk melanjutkan pelaksanaan skim mySalam bagi tempoh dua tahun lagi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) sedang mempertimbangkan beberapa insentif cukai untuk menarik pelabur ke Malaysia untuk menjadikan negara sebagai hab pengeluaran bahan api penerbangan mampan (SAF).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) terbuka untuk meneroka penggunaan teknologi baharu bagi penjanaan elektrik sebagai usaha mencapai aspirasi pelepasan karbon sifar bersih seawal tahun 2050.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
1tahun ago
KAJANG, 25 Nov (Bernama) -- Industri koko Malaysia telah mencatatkan jumlah hasil eksport sebanyak RM8.87 bilion setakat Ogos 2024, mewakili 98 peratus daripada sasaran RM9 bilion bagi tahun itu, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- CBH Engineering Holding Bhd, penyedia perkhidmatan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal (M&E) menandatangani perjanjian pengunderaitan dengan Mercury Securities Sdn Bhd untuk cadangan tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kerajaan komited dalam memastikan inflasi kesihatan kekal menyederhana termasuk di Sarawak, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Institusi tempatan merupakan pemacu utama Bursa Malaysia untuk minggu kelima berturut-turut dengan mencatat aliran masuk bersih berjumlah RM250.6 juta minggu lepas, meningkat daripada RM207.7 juta pada minggu sebelumnya.