10bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Kerajaan Sarawak melancarkan Pavilion Sarawak di MWC Barcelona 2025, satu pencapaian penting dalam perjalanan negeri itu menjadi peneraju serantau dalam transformasi digital, teknologi pintar dan pembangunan mampan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Momentum pertumbuhan kukuh Malaysia dijangka berterusan dalam tempoh terdekat dengan ekonomi diunjur berkembang sebanyak 4.7 peratus tahun ini, kata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Handal Energy Bhd, Handal Hospitality Sdn Bhd (HHSB) telah menandatangani memorandum perjanjian dengan Hartanah Azzahrah Sdn Bhd untuk pembelian dua hospital bernilai pada harga tidak kurang daripada RM69 juta.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Komitmen berterusan Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) 2025 untuk memupuk reka bentuk dan inovasi adalah penting untuk kemampanan industri perabot Malaysia, menyumbang dengan ketara kepada pendapatan dan pertumbuhan eksport negara.
10bulan ago
BENTONG, 3 Mac (Bernama) -- Midea Scott and English Electronics Sdn Bhd (Midea Malaysia) menyasarkan jualan sebanyak RM1 bilion tahun ini bagi meneruskan momentum pertumbuhan dua angka berikutan permintaan yang tinggi terhadap peralatan cekap tenaga.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Ringgit dijangka meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) tahun ini, purata RM4.23 berbanding dolar AS tetapi pada kadar lebih perlahan berikutan dasar monetari AS yang berkembang, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).
10bulan ago
IPOH, 3 Mac (Bernama) -- Green Excel Manufacturing Sdn Bhd (GEM) melancarkan kemudahan pembuatan tercanggih di Taiping pada 1 Mac lepas, membuktikan komitmennya terhadap inovasi, kualiti dan pertumbuhan operasi global dan tempatannya.
10bulan ago
KUCHING, 3 Mac (Bernama) -- Grab Malaysia dan Sarawak Digital Economy Corporation Bhd (SDEC) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mempercepat transformasi digital di Sarawak, khususnya dalam sektor pelancongan dan perniagaan kecil.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- XOX Bhd melantik Datuk Kenneth Vun sebagai Pengarah Urusan yang baharu, menandakan era baharu pertumbuhan dan inovasi.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Sime Darby Property Bhd (SDP) kekal yakin dengan perniagaan pusat data mereka walaupun terdapat kebimbangan mengenai tarif semikonduktor Amerika Syarikat (AS) dan sekatan eksport cip kecerdasan buatan (AI), dengan memetik pengecualian untuk syarikat-syarikat AS yang beroperasi di Malaysia.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Pencapaian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.30 peratus untuk simpanan konvensional dan syariah bagi 2024 akan membantu meningkatkan keyakinan terhadap pasaran modal dan sektor pelaburan, menurut seorang ahli ekonomi.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga, Wasco Bhd mencatatkan prestasi kewangan terbaik dalam sejarahnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 dengan kenaikan 41.2 peratus dalam keuntungan bersihnya kepada RM153.04 juta.