9bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS hari ini, seiring penurunan mata wang Asia yang lain susulan kebimbangan berterusan mengenai peningkatan ketegangan perdagangan.
9bulan ago
PUTRAJAYA, 7 April (Bernama) -- Tarif baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) mungkin memberi impak kepada eksport minyak sawit Malaysia, namun negara ini mempunyai kelebihan daya saing berbanding pengeluar minyak sawit utama, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
9bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Timbalan Penolong Setiausaha Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) bagi Asia, Robert Kaproth bertemu dengan kalangan pegawai kanan ASEAN di sini hari ini bagi memberi taklimat mengenai pengenaan tarif ke atas 168 negara oleh AS.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Malaysia tidak melaksanakan tarif balas susulan kenaikan tarif baharu Amerika Syarikat (AS) mungkin membuktikan satu langkah yang lebih bijak, kata Pengasas EMIR Research Datuk Dr Rais Hussin.
9bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Bursa Malaysia terus diasak tekanan prestasi suram pasaran serantau serta kebimbangan berlakunya perang dagangan global yang menyaksikan indeks petunjuk utama susut 4.01 peratus pada akhir dagangan hari ini.
9bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini selepas diseret oleh kerugian di pasaran getah serantau dan penurunan dalam penanda aras harga minyak mentah, kata seorang peniaga.
9bulan ago
Oleh CW Sim
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan tarif timbal balas ke atas Malaysia pada 2 April, 2025, ia terbukti hanya menyemarakkan kebimbangan di serata Asia Tenggara.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Malaysia sedang mendapatkan penjelasan daripada Amerika Syarikat (AS) mengenai tarif balas sebanyak 24 peratus yang diumumkan oleh Presiden AS Donald Trump, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) dijangka memberi impak langsung kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia, sekali gus mencetuskan cabaran terhadap pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun ini serta kemungkinan pada tahun-tahun mendatang.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Kerajaan MADANI sedang melaksanakan langkah kukuh untuk mengurangkan kesan tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Pengumuman tarif oleh Washington baru-baru ini akan mengubah dinamik perdagangan dan persekitaran operasi yang boleh mempengaruhi naratif pertumbuhan ekonomi, sekali gus memberikan cabaran dan juga peluang kepada ASEAN.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Pelabur asing kembali menjadi penjual bersih di lapan pasaran Asia minggu lepas, mencatatkan aliran keluar bersih yang tinggi sebanyak US$7.12 bilion (RM31.68 bilion, US$1 = RM4.45), dengan Korea Selatan dan India menerima tekanan jualan yang paling tinggi.