11bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6.30 peratus bagi Simpanan Konvensional dengan jumlah agihan RM63.05 bilion. dan 6.30 peratus bagi Simpanan Shariah dengan jumlah agihan RM10.19 bilion.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tidak berubah pada minggu hadapan dengan kecenderungan menaik sehingga pemangkin baharu muncul, kata seorang penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- MBSB Group melancarkan Pusat Perbankan Komersialnya di ibu pejabat Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di sini, sekali gus mengukuhkan komitmennya untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat bersaiz sederhana terutamanya yang berkembang ke pasaran antarabangsa.
11bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat susulan kebimbangan terhadap perang perdagangan semakin meningkat yang memberi kesan kepada sentimen.
11bulan ago
KUCHING, 28 Feb (Bernama) -- Sarawak sedang meneroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pengeluaran komponen aeroangkasa bernilai tinggi dan pusat penyelidikan dalam industri berkenaan.
11bulan ago
KOTA TINGGI, 28 Feb (Bernama) -- ASEAN perlu meningkatkan kesepaduan dalaman dan mempelbagaikan kerjasama luarannya untuk mendepani cabaran ekonomi global, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Coffee Star, pembekal kiosk kopi automatik, melalui syarikat induknya, Fario Holdings Sdn Bhd, telah menandatangani perjanjian perkongsian strategik dengan Puro Coffee dari Belgium dan Alkeyf dari Arab Saudi, bagi menubuhkan perkongsian serta memenuhi permintaan yang semakin berkembang di negara-negara Timur Tengah.
11bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengalami penurunan berbanding kenaikan semalam untuk ditutup lebih rendah pada Khamis apabila pelabur mengambil pendekatan mengelak risiko berikutan ketidaktentuan luaran yang semakin meningkat, kata seorang penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih RHB Bank Bhd melonjak kepada RM3.12 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 berbanding RM2.81 bilion pada tahun kewangan 2023, dipacu oleh pertumbuhan pendapatan keseluruhan yang kukuh.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Usaha pelaburan domestik strategik oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) kian penting selain berperanan memperkukuh ekonomi negara serta menjadi daya tahan terhadap kesan luar.
11bulan ago
KOTA TINGGI, 27 Feb (Bernama) -- Pembuat serbuk kopi tempatan, Kluang Coffee Powder Factory Sdn Bhd, menyasar untuk meraih perolehan RM31.5 juta pada 2025, meningkat lima peratus daripada RM30 juta tahun lepas, dengan dipacu permintaan kukuh daripada pelanggan di pasaran fizikal dan dalam talian.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Guan Chong Bhd mencatatkan untung bersih yang lebih tinggi kepada RM429.18 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2024 (TK2024) daripada RM100.93 juta pada tahun sebelumnya, yang sebahagiannya disebabkan harga jualan produk-produk koko yang lebih tinggi.