9bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Rabu, mengakhiri penurunan empat hari berturut-turut seiring dengan peningkatan di Bursa Komoditi New York (COMEX) dan di tengah-tengah ketegangan perang perdagangan yang memuncak.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Cuckoo International (MAL) Bhd (Cuckoo Malaysia) sedang menjadualkan semula jadual tawaran awam permulaannya (IPO) di pasaran utama Bursa Malaysia Securities Bhd berikutan ketidakstabilan pasaran global semasa.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) sedang mempertimbangkan untuk melepaskan pegangannya dalam pelaburan legasi, membolehkannya mengukuhkan kelas aset lain termasuk pendapatan tetap, kata Timbalan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Datuk Rick Ramli.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Pemegang saham WCT Holdings Bhd (WCT) telah meluluskan cadangan penyenaraian Paradigm Real Estate Investment Trust (Paradigm REIT) di Pasaran Utama, Bursa Malaysia Securities Bhd.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasarkan untuk meningkatkan perdagangan dua hala dengan New Zealand sebanyak 50 peratus dengan nilai anggaran berjumlah RM25.67 bilion menjelang 2030.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- SumiSaujana Group Bhd (SumiSaujana) membuat penampilan sulung yang hambar di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini, di tengah-tengah ketidaktentuan berterusan pasaran global susulan konflik tarif yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berorientasikan eksport yang menyumbang lebih 99 peratus daripada ekosistem perniagaan ASEAN berisiko kehilangan US$237.5 bilion (US$1 = RM4.49) dalam hasil berpotensi jika mereka gagal beralih kepada amalan yang lebih lestari dan mampan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Perpaduan dalam kalangan anggota ASEAN akan menentukan kejayaan sepuluh negara anggota itu dalam mengharungi badai tarif AS yang telah menjejaskan rantau ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Pasaran semikonduktor ASEAN berpotensi mencecah lebih US$52 bilion (US$1=RM4.49) menjelang 2032 sekiranya usaha ditumpukan kepada meningkatkan rantaian nilai, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) dan PHB Asset Management Bhd (PHBAM) mengumumkan agihan pendapatan interim 2.50 sen seunit untuk unit amanah patuh syariahnya, Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Mac, 2025.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Kenderaan elektrik (EV) pertama Malaysia, Proton e.MAS 7 mengekalkan kedudukan teratas dalam segmen itu selama tiga bulan berturut-turut sejak Januari 2025, sekali gus menjadikannya model EV terlaris di negara ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Malaysia merupakan antara lokasi penting bagi pelaburan Sweden dengan mencatat sebanyak 97 projek perkilangan setakat 2024 yang bernilai RM7.77 bilion.