Terdapat 1832 berita berdasarkan kata kunci carian "saham"

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi dalam persekitaran ketidaktentuan apabila peniaga meneliti laporan keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) dan kesan dasar Presiden AS Donald Trump terhadap ekonomi AS, kata seorang penganalisis.

Keuntungan Bersih TM Melonjak 7.8 Peratus Kepada RM2 Bilion

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Telekom Malaysia Bhd (TM) melonjak 7.8 peratus kepada RM2.01 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember berbanding RM1.87 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelum ini berikutan kos kewangan bersih yang lebih rendah dan pengiktirafan baki kredit cukai satu kali.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Seiring Pasaran Serantau

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penyusutan untuk hari kedua berturut-turut hari ini, seiring dengan prestasi suram pasaran serantau berikutan petunjuk negatif daripada ekuiti global, kata penganalisis.

Keuntungan Petronas Susut 32 Peratus Kepada RM55.1 Bilion Pada Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Petroliam Nasional Bhd (Petronas) susut 32 peratus kepada RM55.1 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024, daripada RM80.7 bilion pada tahun kewangan 2023.

Penyusunan Semula MAHB Isyarat perubahan Utama Sektor Lapangan Terbang Malaysia - Pakar

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Langkah penyusunan semula dan penyahsenaraian Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menandakan detik perubahan yang penting bagi industri penerbangan negara, menawarkan peluang untuk meningkatkan kecekapan operasi dan kualiti perkhidmatan di seluruh lapangan terbang, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Jejak Prestasi Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penyusutannya pada tengah hari Selasa susulan tekanan jualan merentasi papan indeks dan seiring pasaran serantau berikutan prestasi semalaman Wall Street yang hambar, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini, menjejaki prestasi Wall Street yang lemah berikutan sentimen terus terjejas oleh kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Seiring Dengan Prestasi Lemah Kebanyakan Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini selepas sesi dagangan yang agak lembab sejajar dengan prestasi lemah di kebanyakan pasaran serantau. 

Untung Bersih UOA Development Naik Kepada RM287.30 Juta Pada Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih UOA Development Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 melonjak kepada RM287.30 juta daripada RM279.55 juta pada tahun kewangan 2023.

HI Mobility Meterai Perjanjian Taja Jamin Runcit Dengan Maybank IB Untuk IPO

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- HI Mobility Bhd memeterai perjanjian taja jamin runcit dengan Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) bagi menjayakan urusan tawaran awam permulaan (IPO) untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

Nyahsenarai MAHB Selepas 25 Tahun: Anjakan Penting Bagi Penyusunan Semula

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Esok merupakan anjakan penting bagi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) apabila syarikat itu akan nyahsenarai daripada Bursa Malaysia susulan langkah penyusunan semula oleh konsortium Gateway Development Alliance (GDA).

Sembilan Anak Syarikat KWSP Alami Kerugian Tiga Tahun Berturut-turut - LKAN

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Sebanyak sembilan syarikat subsidiari milik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian tiga tahun berturut-turut sejak 2021, dengan jumlah kerugian pada 2023 mencecah RM224.21 juta.