Terdapat 1764 berita berdasarkan kata kunci carian " indeks"

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Minit Mesyuarat FOMC Khamis Ini

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa memandangkan pasaran terus mengalami dagangan secara berhati-hati menjelang minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS yang akan dikeluarkan pada Khamis, kata penganalisis.

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Jualan Oleh Dana Asing

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia terjejas oleh jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi pada tengah hari ini, diterajui oleh sektor perkhidmatan kewangan dan utiliti.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi beralih kepada rendah kemudiannya, didorong oleh sentimen berhati-hati berikutan prestasi Wall Street yang bercampur-campur pada Jumaat lepas.

Bursa Malaysia Dijangka Kekal Dalam Fasa Penstabilan Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka kekal dalam fasa penstabilan minggu depan berikutan ketidakpastian berhubung dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS). 

Ringgit Diniagakan Berhati-hati Menjelang Pengumuman Minit Mesyuarat FOMC

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati berbanding dolar US pada minggu depan menjelang pengumuman minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 20 Februari ini.

Belian Lewat Saham Perbankan Bantu Bursa Malaysia Hadkan Penurunan

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia ditengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia Hampir Tidak Berubah Pada Tengah Hari, Dipengaruhi Ketidaktentuan Global

Oleh NurulJannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi hampir tidak berubah pada Jumaat, dipengaruhi oleh ketidaktentuan perang perdagangan global dan kemungkinan impaknya terhadap inflasi Amerika Syarikat (AS).

Inflasi Keseluruhan, Inflasi Teras Turun Kepada 1.8 Peratus Pada 2024

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Inflasi keseluruhan dan inflasi teras Malaysia bagi 2024 masing-masing turun kepada 1.8 peratus, berbanding 2.5 peratus dan 3.0 peratus pada 2023.

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah pada sesi awal dagangan Jumaat.

Bursa Malaysia Meningkat Semula Dalam Dagangan Awal

Oleh NurulJannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia naik semula daripada penurunan sebelum ini, mencerminkan pemulihan Wall Street tetapi sentimen kekal lemah disebabkan ketidaktentuan terhadap tekanan inflasi Amerika Syarikat (AS).

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Dan ASEAN, Menjelang Pengumuman KDNK Malaysia

Oleh Engku Shariful Azni, Fatin Umairah Abdul Hamid dan Karina Imran

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US dan mata wang negara ASEAN pada Jumaat, menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun 2024 hari ini, kata seorang penganalisis.